25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Zinedine Zidane buat keputusan tinggalkan Real Madrid

Must read

Images

Zinedine Zidane. (Gambar: Getty Images)

JAKARTA: Zinedine Zidane dikhabarkan sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Real Madrid dalam waktu terdekat.

Jurulatih asal Perancis itu mengakhiri penggal keduanya sebagai jurulatih Los Blancos, yang telah menjuarai gelaran La Liga dan Piala Super Sepanyol.

Iklaan

Menurut wartawan Fabrizio Romano yang menukil Marca pada Khamis (27 Mei), Zidane memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid setelah kelab tersebut mengakhiri musim ini tanpa memenangi sebarang gelaran.

Menyusuli musim yang sukar itu, Zidane membayangkan bahawa beliau berhasrat untuk “memudahkan kelab” berhubung masa depannya.

Masa depan Zidane menjadi spekulasi ramai sepanjang musim lalu. Setelah Madrid ditewaskan Alcoyano di Copa del Rey pada Januari, beberapa pengamat bola sepak meramalkan beliau akan meninggalkan Bernabeu.

Namun, Real Madrid bangkit semula dan mampu merebut gelaran La Liga. Real Madrid terus bertarung sehingga ke pertandingan terakhir musim ini dan menduduki antara empat tangga teratas Liga Juara-Juara Eropah tetapi mengakhiri musim ini tanpa sebarang gelaran.

Bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, dan pemain legenda Real Madrid, Raul Gonzales, adalah dua calon paling kuat untuk mengisi jawatan yang ditinggalkan Zidane.

Antonio Conte juga boleh menjadi pilihan calon untuk Madrid setelah jurulatih warga Itali itu meninggalkan Inter Milan dengan persetujuan bersama pada Khamis.

Zidane sendiri sudah dikaitkan dengan Juventus. Kelab Itali itu dikhabarkan akan memecat Andrea Pirlo setelah kecundang dalam Liga Itali dan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Nama Zidane dikaitkan dengan Juventus sejak musim lalu sebelum pasukan Bianconeri itu melantik Pirlo. 

– BERNAMA/FZ/fz

Iklaan

Related Articles

Video
YouTube