26.9 C
Gombak
Tuesday, May 11, 2021

Zahid pecat Shahidan Kassim sebagai pengerusi Umno Perlis

Must read

JAWATAN Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis dilucutkan serta-merta.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

Tempat Shahidan digantikan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

“Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” kata Ahmad Zahid.

Pelucutan jawatan itu dipercayai berpunca daripada sikap mesra Shahidan terhadap pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional. Pada 15 Mei lalu Shahidan dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC).

Kerajaan Perikatan Nasional yang ditunjangi Bersatu turut melantik Shahidan sebagai Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Related Articles

Video
YouTube