31.6 C
Gombak
Saturday, April 17, 2021

Zahid Minta Ahli Parlimen UMNO Keluar Kerajaan Sebelum Februari

Must read

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Ahli Parlimen UMNO meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Februari ini bagi mengadakan Pilihan Raya Umum secepat mungkin.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam perjumpaan bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra pada masa kini.

Menurut Ahmad Zahid UMNO tiada pilihan kerana kerajaan ini gagal memahami hati nurani rakyat yang mahukan pembaharuan dan reformasi dalam pentadbiran.

Beliau membangkitkan isu penjualan aset-aset Tabung Haji oleh Pakatan Harapan yang dibuat secara tidak betul gagal dinilai semula oleh kerajaan hari ini.

Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan kegagalan melakukan pembetulan dalam kes kematian anggota bomba Mohd Adib dan pendakwaan terpilih oleh Pakatan Harapan masih berterusan.

Kegagalan mengambil tindakan ke atas menteri yang melakukan seks luar tabie juga antara punca UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan.

Dalam ucapan tersebut Ahmad Zahid meminta semua Menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari UMNO melepaskan jawatan masing-masing sebelum 1 Februari 2021.

– Berita Lanjut menyusul.

SumberSuara TV

Related Articles

Video
YouTube