29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

WFP rayu dana sumbangan makanan di Gaza bukanny pelitup muka atau sarung tangan

Must read

ROM: Program Makanan Dunia (WFP) hari ini merayu sumbangan AS$46 juta (RM189.94 juta) bagi menyediakan bantuan kecemasan kepada lebih 51,000 orang di utara Gaza.

Pengarah WFP, Samer Abdel Jaber, dalam kenyataan dikeluarkan agensi berpangkalan di Rom itu berkata makanan adalah keperluan mendesak ketika ini, khususnya bagi individu yang kehilangan atau meninggalkan rumah mereka.

“Kaedah paling pantas dan berkesan untuk memberi sokongan adalah melalui sumbangan wang tunai, dalam bentuk e-baucar.

“Ketika ini, banyak kedai dibuka selain ada akses makanan di Palestin tetapi memberi amaran lintasan ke Gaza akan ditutup tidak lama lagi, menyebabkan kekurangan komoditi, termasuk makanan dan kenaikan harga,” katanya.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, harga produk segar mencatat peningkatan kerana petani tidak dapat menuai hasil mereka.

WFP berata, ia menyokong penyelarasan kargo kemanusiaan yang mungkin perlu memasuki kawasan itu jika sempadan terus ditutup.

Sementara itu, Pengarah WFP Asia Barat dan Afrika Utara, Corinne Fleischer, berkata rakyat Gaza kini sudah di hujung tanduk dengan kebanyakan keluarga bergelut bagi menyediakan makanan.

“Keadaan mereka semakin merosot, khususnya sejak tahun lalu susulan pandemik COVID-19.

“Majoriti penduduk tidak mampu bertahan terhadap serangan lanjut dan keadaan boleh melarat menjadi krisis yang menular ke seluruh wilayah,” katanya.

WFP sering membantu hampir 260,000 orang melalui bantuan makanan, bekalan langsung atau projek lain di Gaza dengan 53 peratus rakyatnya dikatakan hidup dalam kemiskinan.

Ia merayu AS$31.8 juta (RM131.31 juta) untuk memberi bantuan makanan berkala kepada lebih 435,000 orang di Gaza dan Tebing Barat, untuk tempoh enam bulan lagi.

Selain itu, katanya, bantuan segera bernilai AS$14 juta (RM57.81 juta) diperlukan untuk bantuan kecemasan bagi 16,000 rakyat Gaza dan 60,000 penduduk Tebing Barat bagi tempoh tiga bulan akan datang. – AFP

Related Articles

Video
YouTube