25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Wanita tuduh ADUN Gombak Setia ‘rancang’ insiden rogol

Must read

Wanita yang mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, membuat tuduhan baharu bahawa wakil rakyat itu “merancang” kejadian pada 5 Dis tahun lalu itu.

Wanita itu membuat tuduhan berkenaan dalam laporan polis 8 Mei, kata laporan Malaysiakini.

Peguam wanita itu, Asheeq Ali, mengesahkan anak guamnya membuat laporan berkenaan.

Katanya, laporan kedua itu turut tersebar di media sosial, seperti laporan pertama yang dibuat pada 5 Dis 2020.

Walaupun laporan pertama ditarik balik pada 8 Dis, wanita itu pada Januari memohon polis meneruskan siasatan.

“Laporan kedua itu asli. Kami tak pasti bagaimana kedua-dua laporan itu dibocorkan,” kata Asheeq.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Kassim, ketika itu mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

Dalam laporan keduanya, mangsa berkata dia dimaklumkan oleh seorang daripada rakan perempuan yang hadir sama ketika malam kejadian, di mana makan malam dan sesi karaoke itu dikatakan merupakan satu “perancangan” oleh Hilman.

Laporan itu turut menyatakan mangsa kemudian meminta kes itu dibuka semula pada 12 Jan selain turut mendakwa laporan pertamanya ditarik balik kerana individu yang dinamakan dalam laporannya itu mengugut dan memberikan tekanan kepadanya.

Dalam pada itu, Asheeq turut mengesahkan bahawa anak guamnya sudah mengenal pasti wanita yang dilihat bersama seorang lelaki (yang didakwa mangsa adalah Hilman) dalam satu rakaman CCTV yang tersebar baru-baru ini sebagai dirinya kepada polis.

“Polis tak cakap apa-apa berkenaan video itu. Tapi mereka kenalah (siasat), memandangkan anak guam saya minta satu siasatan ke atas pendedahan video berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak memaklumkan apa-apa maklumat mengenai kondom yang ditemukan anak guamnya dalam bakul sampah di bilik hotel berkenaan.

Sementara itu, Hilman ketika dihubungi FMT tidak menjawab panggilan dan hanya membalas dengan mesej “maaf, saya tidak boleh bercakap sekarang”.

SumberFMT

Related Articles

Video
YouTube