31.4 C
Gombak
Wednesday, May 12, 2021

[Video] Zahid Sahkan Pembentukkan Kerajaan Perak Turut Bersama PAS dan Bersatu

Must read

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara tidak langsung mengesahkan parti itu mendapat sokongan daripada Bersatu dan PAS untuk mencalonkan Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad, sebagai menteri besar baru Perak.

Bercakap kepada media selepas mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di Ipoh hari ini, Ahmad Zahid berkata, sebelum ini dia sudah menyatakan keinginan Umno mempertahankan pakatan Perikatan Nasional (PN).

“Ertinya kerjasama pembentukan kerajaan ini adalah antara Umno, Bersatu dan PAS,” katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta untuk mengadap Sultan Nazrin Shah menjelang jam 10 pagi tadi.

Kenderaan membawa ahli parlimen Bagan Datuk itu memasuki pekarangan istana menaiki Toyota Vellfire putih sebelum disusuli Saarani.

Hari ini merupakan pertemuan kedua mereka dengan Sultan Nazrin selepas Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar pada 4 Dis lalu.

Malam tadi Umno memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak yang melibatkan Umno, PAS dan Bersatu dipertahankan.

Related Articles

Video
YouTube