29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

[Video] Polis sedang siapkan siasatan kes rogol babitkan rakan Adun Selangor

Must read

Polis sedang dalam proses menyelesaikan siasatan mengenai tuduhan rogol yang dibuat oleh mangsa berusia 33 tahun terhadap rakan kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim memberitahu, beberapa suspek yang tidak dikenali ditangkap pada 6 Disember tahun lalu, sehari selepas mangsa membuat laporan polisnya.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Pada 8 Disember 2020, pengadu/ mangsa telah membuat laporan polis untuk menarik balik kes ini dan tidak mahu kes ini dibawa sehingga ke Mahkamah.

“Namun demikian, pada bulan Januari 2021, pengadu memaklumkan ingin meneruskan semula kes ini,” kata Azmi ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata polis akan menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara dan menunggu arahan selanjutnya.

Salah seorang yang didakwa pelaku ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional manakala seorang lagi dikatakan rakan lama Hilman.

Laporan polis mangsa didedahkan oleh bekas pemimpin Umno Lokman Adam.

Berita sebelum:
“[Video] Wanita lapor polis dakwa dirogol rakan Hilman Idham”
https://tokabahkau.com/video-wanita-lapor-polis-dakwa-dirogol-rakan-hilman-idham

“[Video] Hilman nafi menulis surat kepada Tok Abah Kau setelah peristiwa malam itu ada kaitan laporan kes rogol?”
https://tokabahkau.com/hilman-nafi-menulis-surat-kepada-tok-abah-kau-bermaksud-dia-adalah-individu-dalam-video-rogol/

Rujukan:
“[Video] ADUN dan juga Pemimpin PPBM di lihat membantu rakyat tidak boleh berjalan”
https://malaysiannow.com/video-adun-dan-juga-pemimpin-ppbm-di-lihat-membantu-rakyat-tidak-boleh-berjalan/

Related Articles

Video
YouTube