25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

[Video] Polis sahkan ‘Apit Wan Lebo’ ditahan semalam

Must read

IPOH: Polis Perak mengesahkan seorang pengguna akaun Facebook ‘Apit Wan Lebo’ telah ditahan malam tadi bagi membantu siasatan susulan videonya yang mengkritik kerajaan berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara tular baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata individu berkenaan telah ditahan pada jam 11 malam selepas dia menghadirkan diri ke Balai Polis Batu Gajah.

Katanya polis mengambil masa lebih sejam merakam percakapannya sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis.

“Perkataan yang digunakan berbaur lucah. Bab dia mengkritik kerajaan dan sebagainya itu satu isu, tapi dia menggunakan perkataan-perkataan yang berbaur lucah. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perlaksanaan Projek Rintis Penambahbaikan Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Ipoh Utara dekat sini pada Selasa.

Dalam pada itu Mior Faridalathrash berkata pihaknya akan merujuk kertas siasatan tersebut kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu sebuah video berdurasi sekitar 4 minit yang dimuat naik di akaun Facebook ‘Apit Wan Lebo’ telah tular sejak beberapa hari lalu.

Individu dalam video tersebut didakwa telah mengkritik perlaksanaan PKP serta golongan kenamaan di negara ini.

Related Articles

Video
YouTube