25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

[Video] Pertemuan terakhir sebelum jatuh sungai Golok dekat Pangkalan Haram Kak Mah

Must read

“Baru beberapa minit suami menghantar saya dan anak-anak ke rumah saudara, sebelum saya terdengar bunyi kuat dan melihat kereta milik suami terjunam ke sungai,” kata Natrah Mohamad, 52.

Beliau isteri kepada mangsa lemas, Othman Long, 59, yang ditemui meninggal dunia kerana terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda yang tenggelam di Sungai Golok, berdekatan Pangkalan Haram Kak Mah, di sini, hari ini.

Natrah berkata, sebaik melihat kereta suami yang hampir tenggelam dia dan lima anak hanya mampu menjerit meminta tolong, sebelum beberapa penduduk kampung berdekatan cuba terjun memecahkan cermin untuk menyelamatkan suaminya, tetapi tidak berjaya.

“Selama hampir dua jam saya setia menunggu anggota keselamatan dan penduduk kampung lain menyelamatkan suami dan berharap agar dia masih hidup. Kami sekeluarga hanya mampu menangis dan berdoa agar berlaku keajaiban, walaupun tahu harapan agak tipis.

“Saya tidak sangka kegembiraan datang ke rumah saudara bertukar kepada tragedi ini. Sebenarnya, suami saya memang mahir berenang dan pada awalnya, saya percaya dia boleh menyelamatkan diri. Dia mungkin terperangkap di dalam kenderaan yang tertutup.

“Memang dia datang untuk hantar sahaja saya dan anak-anak ke rumah saudara. Dia meminta izin untuk pulang namun tidak menyangka perginya tidak kembali,” katanya di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 3.15 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian dengan seramai 14 anggota, termasuk Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).

“Pihak kami turut dibantu penduduk kampung berjaya mengesan kedudukan kenderaan berkenaan dan mengikat untuk dibawa ke darat.

“Kenderaan dinaikkan di sebelah Thailand kerana tanah yang lebih landai dan dibantu jentolak untuk memudahkan proses menarik.

“Kenderaan berjaya dinaikkan ke tebing sungai sekitar jam 5.40 petang dan mangsa ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube