25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

[Video] Demo ‘#KerajaanGagal’: Fikir kenapa, jangan nak tangkap sahaja, kata Puad

Must read

Puad Zarkashi menggesa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin fikir kenapa rakyat bertindak menunjuk perasaan lagi-lagi ketika Aidilfitri, susulan penahanan individu yang dikaitkan dengan himpunan ‘kerajaan gagal’ di Johor.

“Sepatutnya yang perlu difikirkan kenapa pada hari raya pertama rakyat sanggup buat perkara tersebut. Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja,” kata ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu dalam kenyataan.

Semalam, seorang lelaki berusia 21 ditahan selepas video dan gambar suatu tunjuk perasaan membabitkan pembakaran suar dan kain rentang “kerajaan gagal” di Parit Raja, Batu Pahat tersebar.

Terbaharu, sebanyak 20 penduduk setempat dipercayai terlibat ditahan. Polis percaya kira-kira 40 orang terbabit.

Puad menarik perhatian kerajaan bahawa tunjuk perasaan rakyat bukan di Parit Raja sahaja.

“Ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal’. Semoga perdana menteri ke-8 berpihak di bumi nyata.”

Dalam pada itu, Puad menepis dakwaan mengatakan beliau mempunyai kaitan dengan himpunan itu.

“Mungkin, pertama kerana saya ketua Umno Bahagian Batu Pahat. Kedua, kerana saya konsisten mengatakan kerajaan perdana menteri ke-8 memang ‘kerajaan gagal’.

“Perlu dijelaskan bahawa Parit Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading, bukan Parlimen Batu Pahat, maka jangan tuduh semberono,” katanya.

Rujukan:
“[Video] Himpunan ‘#KerajaanGagal’ di Batu Pahat”
https://tokabahkau.com/himpunan-kerajaan-gagal-di-batu-pahat/

Related Articles

Video
YouTube