28.6 C
Gombak
Friday, July 23, 2021

[Video] Alyf Malik lelaki antivaksin akan direman, disiasat mengikut lima pertuduhan

Must read

Permohonan reman terhadap lelaki antivaksin yang tular kerana memaki hamun Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, permohonan reman dibuat ke atas suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 188, 504, 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Terdahulu, suspek yang berusia 29 tahun sudah diberkas di kediamannya di apartmen di Bandar Sri Damansara, dekat sini kira-kira pukul 10 malam.

“Semasa proses tangkapan hendak dibuat, sekali lagi suspek membuat rakaman video dan memuat naik di laman sosial yang sama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sebelum itu, pihak polis telah mengeluarkan kompaun RM1,500 semalam kerana suspek tidak memakai pelitup muka semasa berada di sebuah stesen minyak tidak jauh dari kediamannya di Sri Damansara.

“Suspek juga telah melakukan provokasi dengan mempertikaikan tugas pihak polis dan membuat video secara langsung melalui akaun ‘alyf malik’ berkenaan segala tindakan pihak polis ketika itu.

“Setelah selesai dikompaun juga, suspek masih meneruskan video secara langsung dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur penghinaan terhadap polis,” ujarnya.

Semalam, tular klip video berdurasi 15 minit 42 saat di laman sosial memaparkan seorang lelaki memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa selepas disaman polis kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di daerah ini.

Lelaki itu juga menegaskan dia tidak akan menerima suntikan vaksin dengan mengaitkan kajian di Amerika Syarikat yang mendakwa vaksin Covid-19 adalah berbahaya dan tidak selamat.

Related Articles

Video
YouTube