27.3 C
Gombak
Thursday, July 29, 2021

[Video] Air pasang besar himpun sampah, timbunan pasir di pantai Seberang Takir

Must read

KUALA NERUS: Pantai Seberang Takir yang dikenali ramai sebagai Pantai Miami, dipenuhi sampah sarap dan timbunan pasir, sejauh kira-kira satu kilometer susulan kejadian air pasang besar, semalam.

Tinjauan ke lokasi kejadian pagi ini, mendapati laluan dari Seberang Takir ke bandaraya Kuala Terengganu terpaksa ditutup kepada semua lalul intas, berikutan timbunan pasir berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kerosakan jalan berlaku walaupun pantai itu dibadai ombak besar setinggi antara 2.5 meter hingga 2.7 meter semalam.

Fenomena ombak besardi beberapa pantai di negeri ini, termasuk di Pantai Miami berlaku kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman, berkata susulan kejadian itu, jalan dari Seberang Takir ke pusat bandaraya Kuala Terengganu akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai jam 8 malam ini.

Katanya, penutupan laluan itu dilakukan untuk memastikan keselamatan orang ramai kerana fenomena ombak besar dijangka berlaku malam ini dan malam esok.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dijangka akan melakukan kerja pembersihan membuang timbunan pasir dan sampah sarap dihanyutkan ombak besar pagi ini.

“Kami meminta orang ramai supaya menjauhi kawasan itu kerana ombak masih tinggi, berikutan angin kencang, ” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut meminta orang ramai yang ingin ke dataran jambatan angkat atau drawbridge malam ini dan esok membatalkan hasrat menggunakam laluan itu kerana ia boleh membahayakan keselamatan.

Related Articles

Video
YouTube