28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

Usaha Pecahbelahkan UMNO Perbuatan Sia-Sia – Ir Abdul Aziz

Must read

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain melihat tindakan pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan parti itu merupakan satu usaha yang sia-sia.

Menerusi catatannya di Facebook, beliau mengulas dengan panjang lebar bagaimana usaha berkenaan dibuat oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk melihat parti tersebut berpecah belah serta menghalang UMNO daripada terus menyuarakan suara rakyat.

“UTUSAN Malaysia dalam siarannya pada hari ini telah melaporkan risalah 14 muka surat ‘Kronologi komplot Anwar Ibrahim-Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan’ yang sedang diedar kepada ahli-ahli UMNO melalui pos.

Risalah Anwar-Ahmad Zahid untuk laga pucuk pimpinan

“Tentunya risalah tersebut dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengekalkan kepentingan-kepentingan mereka. Siapakah pihak-pihak yang berkepentingan ini? Pastinya bukan daripada pihak UMNO kerana UMNO telah jelas dalam pendiriannya, sepertimana dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) awal tahun ini berkenaan tiga perkara, iaitu:

i. NO PPBM

ii. NO PKR, dan

iii. NO DAP

“Keputusan itu adalah muktamad dan harus diletakkan noktah. Ketetapan ini bukan hanya dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi,” ujarnya. – UMNO Online

Berikut artikel penuh beliau :

CUBAAN SIA-SIA UNTUK PECAH-BELAHKAN UMNO

1. UTUSAN Malaysia dalam siarannya pada hari ini telah melaporkan risalah 14 muka surat ‘Kronologi komplot Anwar Ibrahim-Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan’ yang sedang diedar kepada ahli-ahli UMNO melalui pos.

Risalah Anwar-Ahmad Zahid untuk laga pucuk pimpinan

2. Tentunya risalah tersebut dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengekalkan kepentingan-kepentingan mereka. Siapakah pihak-pihak yang berkepentingan ini?

3. Pastinya bukan daripada pihak UMNO kerana UMNO telah jelas dalam pendiriannya, sepertimana dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) awal tahun ini berkenaan tiga perkara, iaitu:-

i. NO PPBM

ii. NO PKR, dan

iii. NO DAP

4. Keputusan itu adalah muktamad dan harus diletakkan noktah. Ketetapan ini bukan hanya dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi.

5. UMNO akan terus konsisten dalam hal ini dan pada masa sama menjunjung kasih titah KDYMM SPB YDPA dan DYMM Raja-Raja Pemerintah untuk mengadakan sidang parlimen secepat mungkin.

6. Saya percaya bahawa YDPA dan DYMM Raja-Raja Pemerintah senada dengan kemahuan rakyat akan perlunya ada semak dan imbang untuk menilai kembali tentang tata kelola terhadap wabak Covid-19 ini dan pengurusan ekonomi yang semakin membungkam dan merisaukan rakyat.

7. TUJUH MESEJ UTAMA PERJUMPAAN KHAS RAJA-RAJA MELAYU

i. Parlimen mesti segera bersidang tidak perlu tunggu bulan Oktober sebagaimana perutusan PM semalam.

ii. Parlimen harus bahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan yang dibentangkan PM semalam.

iii. Parlimen kena bahaskan peruntukan perbelanjaan Kerajaan UNTUK BANTU RAKYAT yang dalam kesempitan.

iv. Penting wujudkan Kerajaan yang stabil, dapat keyakinan dan sokongan majoriti rakyat.

v. Program vaksinasi dipertingkatkan dan dikurangkan karenah birokrasi.

vi. Program tangani Covid-19 kena dapat sokongan rakyat dan tiada muslihat politik, dan

vii. Darurat hendaklah ditamatkan selepas 1 Ogos 2021.

8. Saya yakin bahawa pihak-pihak berkepentingan itu mahukan agar UMNO berpecah belah untuk menghalang UMNO daripada terus bersuarakan SUARA RAKYAT.

9. Anda boleh cuba pecahkan UMNO dari dalam tetapi ianya akan SIA-SIA kerana UMNO wujud atas asas perjuangan rakyat. Sejarah sudah melakarnya dan pelakarannya masih bersambung!

Sekian.

Ir. Abdul Aziz Julkarnain

19.Jun.2021 | Sabtu

#DaulatTuanku

#PemudaJurubicaraRakyat

Related Articles

Video
YouTube