28.6 C
Gombak
Friday, July 23, 2021

UMNO tidak sepatutnya dijadikan ‘punching bag’ untuk alihkan isu sebenar – Razlan

Must read

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafi mendoakan kepada Allah agar membuka hati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyerahkan kuasa kepada UMNO.

Selain mendoakan kesihatan Perdana Menteri, Mohd. Razlan berharap Muhyiddin untuk berbuat demikian demi kelangsungan negara.

“Bincang elok-elok demi kelangsungan rakyat dan negara, jadilah seorang negarawan yang akan dikenang oleh rakyat suatu hari nanti,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Mohd. Razlan berkata, kegagalan pentadbiran Muhyiddin telah sama mengheret UMNO apabila kerajaan sepatutnya dijadikan tempat bergantung tidak boleh diharapkan apabila membiarkan rakyat menderita tanpa ada pembelaan.

Kata beliau, UMNO dijadikan ‘punching bag’ untuk mengalihkan isu sebenar apabila daripada awal lagi pihak tertentu meletakkan racun kuasa ke dalam UMNO seperti isu Surat Akuan Bersumpah (SD) dalam kalangan pemimpin UMNO untuk memastikan parti berpecah, mewujudkan pertembungan pendirian dan pendapat.

“Bertindak umpama api dalam sekam, gunting dalam lipatan, ia sedikit sebanyak telah membuat rakyat melupakan isu utama.

“Kepada akar umbi UMNO, kita fokus kepada titah istana, apa lagi yang UMNO ada jika kita bukan lagi pembela kepada Raja-Raja Melayu, apa lagi yang UMNO ada jika rakyat menangis, UMNO ketawa.

“Rakyat memerlukan tempat bergantung harap, kerajaan ini sudah gagal menjaga rakyat, rakyat mengharapkan ada parti membela mereka,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube