23.7 C
Gombak
Sunday, August 1, 2021

Umno tiada autoriti moral label DAP parti perkauman, kata Ramasamy

Must read

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy menolak dakwaan DAP merupakan parti perkauman dengan berkata, walaupun majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina, namun perjuangannya bersifat pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata, komposisi ahli DAP sentiasa berubah dengan penyertaan orang Melayu dan India.

“Dari sudut ini, Umno tidak mempunyai autoriti moral untuk menamakan DAP sebagai parti ekstrem berasaskan orang Cina.

“Jauh sekali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman yang berkata, ada kemungkinan parti itu bekerjasama dengan DAP pada masa depan bagi mewujudkan kestabilan, sekiranya parti itu mengambil pendekatan “lebih sederhana”.

Tajuddin, yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, orang Melayu sedar tentang keperluan sebuah “ideologi politik” baharu yang bermanfaat kepada negara, terutamanya bagi mengurangkan konflik kaum.

“Malah sekarang, sesetengah orang Melayu sudah nampak bahawa perlunya ada politik baharu. Jangan bergaduh memanjang antara Melayu dan bukan Melayu. Tiada untung atau faedah kepada negara,” katanya dalam temu bual dengan FMT.

Bagaimanapun, Ramasamy berkata, hanya Tajuddin yang tidak memahami realiti politik dan berfikir di luar standard lapuk Umno dalam menangani orang bukan Melayu di negara ini.

“Saya fikir apabila Tajuddin membuat kenyataan DAP merupakan parti cauvinis, beliau bernostalgia tentang zaman silam Barisan Nasional yang menyaksikan hubungan Umno dengan parti bukan Melayu seperti MCA, Gerakan dan MIC seumpama hubungan tuan dengan hamba.

“Jika DAP tunduk kepada kehendak dan kemahuan Umno, maka ia akan diterima baik olehnya sebagai parti sederhana,” kata Ramasamy sambil menambah keadaan itu tidak mungkin berlaku.

Beliau berkata, mana-mana kerjasama hanya akan berjalan baik sekiranya ia didasarkan kepada prinsip saling menghormati, mempercayai dan paling penting kesejahteraan negara.

Katanya, Umno bekerjasama dengan PAS dan PPBM bagi memperkuatkan politik orang Melayu, selain menambah “Umno seolah-olah merupakan parti yang menetapkan standard tentang siapakah yang dikategorikan sebagai sederhana atau ekstremis dan sebagainya”.

Related Articles

Video
YouTube