32.4 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

UMNO 75 Tahun: Keputusan Sayembara Mencipta Logo, Sayembara Penulisan Puisi dan Sayembara Video Pendek

Must read

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Bersempena Sambutan Jubli Intan UMNO 75 Tahun pada 11 Mei 2021, Ibu Pejabat UMNO telah menganjurkan tiga sayembara iaitu Sayembara Mencipta Logo 75 Tahun UMNO, Sayembara Penulisan Puisi dan Sayembara Video Pendek.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, memandangkan penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara sekarang, yang menyebabkan perjalanan dan majlis sosial dihadkan berikutan PKP, sekretariat penganjuran sayembara akan menghubungi pemenang-pemenang bagi mendapatkan nombor akaun bank mereka untuk dimasukkan hadiah wang tunai kemenangan.

“Majlis penyampaian hadiah, plak dan sijil kepada pemenang-pemenang akan disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

“Puisi-puisi pilihan dalam sayembara ini akan dicetak dalam sebuah buku antologi bertema Puisi Perjuangan 75 tahun UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan bahawa ketiga-tiga sayembara itu, yang tarikh penyertaannya bermula pada 23 Februari 2021, telah mendapat penyertaan menggalakkan daripada rakyat Malaysia dari seluruh negara.

“Bahan-bahan penyertaan telah diadili oleh satu pasukan juri daripada pelbagai profesion yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing,” katanya.

Berikut adalah juri terlibat:

i) YM Prof. Raja Dato’ Zahabuddin bin Raja Yaacob, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor dan juga mantan Dekan Fakulti Seni Industri dan Teknologi Reka Bentuk Universiti Selangor dan Pensyarah Reka Grafik dan Seni Lukis Institiut Teknologi Mara (UiTM).

ii) YBhg. Dato’ Dr. Zurinah binti Hassan, Sasterawan Negara.

iii) Tuan Haji Ahmad bin Sarju, penyair dan penyajak. Pemenang Hadiah Sastera Malaysia.

iv) Puan Siti Zaleha Bee binti Mohd Hashim, penyair, pemuisi dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia, bekas editor di Dewan Bahasa dan Pustaka.

v) YBhg. Dr. Harmi Taazim Mohamad, Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi, Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, UIA.

vi) Encik Ahmad Muhaimin bin Mohd Yussof, FDAM, Pengarah Kreatif EDUCED Production Works Sdn. Bhd.

vii) Encik Azri bin Mukhlas , Producer Eksekutif TV3, Media Prima Bhd.

viii) YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Ramlah binti Adam, Pakar Sejarah.

• Bagi Sayembara Mencipta Logo, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM 3,000.00, sijil dan plak; tempat kedua RM 2,000.00, sijil dan plak ; tempat ketiga RM 1,000.00, sijil dan plak manakala 10 pemenang saguhati memperolehi wang tunai RM500.00 setiap seorang, sijil dan plak.

• Bagi Sayembara Penulisan Puisi, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM 4,000.00, sijil dan plak; tempat kedua RM 3,000.00, sijil dan plak ; tempat ketiga RM 2,000.00, sijil dan plak manakala 10 pemenang saguhati memperolehi wang tunai RM500.00 setiap seorang, sijil dan plak.

• Bagi Sayembara Video Pendek, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM 7,500.00, sijil dan plak; tempat kedua RM 5,000.00, sijil dan plak; tempat ketiga RM 3,000.00, sijil dan plak manakala 15 pemenang saguhati memperolehi wang tunai RM 750.00 setiap seorang, sijil dan plak.

Keputusan Pemenang adalah seperti berikut:-

A) Kategori Mencipta Logo

Pertama: Encik Mohd Haniff bin Harun,

Umur : 46 tahun

Alamat : Kajang, Selangor.

Kedua: Saudara Muhamad Nuqman bin Mohd Nasir

Umur. 24 tahun

Alamat : Segamat, Johor.

Ketiga: Encik Dimyati bin Jaafar

Umur : 60 tahun

Alamat : Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Berasal dari Bagan Datok, Perak.

B) Kategori Penulisan Puisi

Pertama: Encik Othman bin Samad

Umur : 56 tahun

Alamat : Kuala Selangor, Selangor.

Tajuk Puisi : Semboyan Azimat

Kedua: Encik Abdul Mubin bin Ismail

Umur : 61 tahun

Alamat : Kuala Terengganu, Terengganu

Tajuk Puisi : UMNO Pemacu Melayu Tegar

Ketiga: Saudara Muhammad Firdaus bin Johan

Umur : 26 tahun

Alamat : Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Tajuk Puisi : Riwayat Keagongan Bangsa

C) Kategori Video Pendek

Pertama: Saudari Nur Syaza Syamiera binti Mohd Sahar

Umur : 20 tahun

Alamat : Kapar, Selangor.

Tajuk : 75 tahun bangkitnya UMNO

Kedua: Saudara Muhammad Firdaus Kamalruzaman

Umur : 23 tahun

Alamat : Batu Pahat, Johor.

Tajuk : Perjuangan Tanpa Henti

Ketiga: Encik Shah Rizal Mashur

Umur : 31 tahun

Alamat : Setapak Jaya, Kuala Lumpur.

Tajuk : Belia Cinta UMNO

Pemenang saguhati sayembara adalah seperti berikut :-

KATEGORI MENCIPTA LOGO 75 TAHUN UMNO

SAGUHATI

1. Saudara Amirul Syakir Bin Kamarudin

Umur : 17 tahun

Alamat : Iskandar Puteri, Johor.

2. Encik Azmi Bin Abdul Ghani

Umur : 42 tahun

Alamat : Papar, Sabah.

3. Saudari Dalila Binti Dimyati

Umur : 27 tahun

Alamat : Mentakab, Pahang.

4. Saudara Faiz Haiqal Bin Ahmad Fadzrol

Umur : 20 tahun

Alamat : Shah Alam, Selangor.

5. Encik Hazize Bin San

Umur : 47 tahun

Alamat : Cheras, Kuala Lumpur.

6. Encik Madeni Bin Minwari

Umur : 50 tahun

Alamat : Segambut, Kuala Lumpur.

7. Encik Mohd Fauzi Bin Harun

Umur : 37 tahun

Alamat : Kampar, Perak

8. Encik Mohd Ridzuwan Bin Mohd Zain

Umur : 54 tahun

Alamat : Klang, Selangor.

9. Saudari Nik Nur Amirah Binti Nik Hisham

Umur : 26 tahun

Alamat : Kota Bharu, Kelantan

10. Encik Saiful Azahari Bin Mohd Zaman

Umur : 45 tahun

Alamat : Kapar, Selangor.

KATEGORI PENULISAN PUISI 75 TAHUN UMNO

SAGUHATI

1. Encik Sholihin Bin Osman

Umur : 60 tahun

Alamat : Kangar, Perlis

Tajuk Puisi : Salam Cinta Untuk UMNO

2. Encik Norazlan Bin Abu Kassim

Umur : 53 tahun

Alamat : Batu Kikir, Negeri Sembilan

Tajuk Puisi : Pusaka Bangsa

3. Saudari Siti Noor Hazfatinda Binti Mohd Adnan

Umur : 28 tahun

Alamat : Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tajuk Puisi : Perjuangan Semalam

4. Encik Hazwan Ariff Bin Hakimi

Umur : 34 tahun

Alamat : Petaling Jaya, Selangor.

Tajuk Syair : Keris Berintan Lapan

5. Saudari Nurul Adilla Binti Roseli

Umur : 23 tahun

Alamat : Cheras, Kuala Lumpur.

Tajuk Puisi : Dah Bangsa Ku Pun Bangkit

6. Encik Aminudin Bin Mansor

Umur : 70 tahun

Alamat : Subang Jaya, Selangor.

Tajuk Puisi : Jasa & Perjuangan

7. Encik Mohamad Fauzi Bin Ab Razak

Umur : 54 tahun

Alamat : Shah Alam, Selangor.

Tajuk Pantun : UMNO Bahtera Perjuangan Bangsa

8. Saudari Siti Aishah Binti Said

Umur : 29 tahun

Alamat : Kuala Berang, Terengganu.

Tajuk Puisi : Pohon Harapan

9. Encik Hanif Mohsein Bin Mohd Fauzi

Umur : 37 tahun

Alamat : Kota Damansara, Selangor.

Tajuk Puisi : Rumah Ini Rumah Kita

10. Encik Mohd Rani Bin Mohd Tahir

Umur : 52 tahun

Alamat : Kajang, Selangor.

Tajuk Puisi : Alif Mim Nun Wau, Aksara Keramat

KATEGORI VIDEO PENDEK 75 TAHUN UMNO

SAGUHATI

1. Encik Azhan Bin Ahmad

Umur : 39 tahun

Alamat : Seberang Jaya, Pulau Pinang

Tajuk : Jubli Intan UMNO, Jasa Dan Perjuangan

2. Saudara Muhammad Haziq Fakhrullah Bin Nor Azlan

Umur : 18 tahun

Alamat : Rawang, Selangor.

Tajuk : Generasi Milineal Dan Sebuah Perjuangan

3. Encik Bob Megat Omardin

Umur : 49 tahun

Alamat : Gombak, Selangor.

Tajuk : UMNO Sebuah Perjuangan (Baju Keramat)

4. Saudara K. Rajendran A/L Kamalakannan

Umur : 28 tahun

Alamat : Kuala Lipis, Pahang.

Tajuk : Keluhan Orang Muda

5. Encik Almahadi Mukmim Bin A.Aziz

Umur : 31 tahun

Alamat : Banting, Selangor

Tajuk : Kekalahan Pru 14 Zahirkan Kejayaan 7 Dekad Membangun Negara Bangsa

6. Saudara Muhammad Zulhilmi Bin Abdul Razak

Umur : 21 tahun

Alamat: Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Tajuk : Demi Anak Bangsa

7. Saudara Phik Cheat A/L Ehching

Umur : 26 tahun

Alamat: Tumpat, Kelantan

Tajuk : Jiwa Sebuah Perjuangan

8. Saudara Mohammad Ammar Danish Bin Azlan

Umur : 20 tahun

Alamat : Bandar Pusat Jengka, Pahang

Tajuk : Baton Legasi Perjuangan

9. Encik Mohamad Nizam Bin Haji Madowan

Umur : 48 tahun

Alamat: Alor Setar, Kedah

Tajuk : Nikmat Yang Tidak Dapat Dinafikan

10. Encik Mohd Ridhuan Bin Abd Rani

Umur : 37 tahun

Alamat : Putrajaya, Wilayah Persekutuan

Tajuk : UMNO – Jasa Dan Perjuangan

11. Encik Naufal Izamudhin Bin Ahmad Muzir

Umur : 25 tahun

Alamat: Segambut, Kuala Lumpur.

Tajuk : UMNO Perjuangkan Agama Islam

12. Saudara Muhammad Arif Bin Abu Bakar

Umur : 25 tahun

Alamat : Segambut, Kuala Lumpur.

Tajuk : Jasa-Jasa UMNO Untuk Kebajikan Rakyat Terjamin

13. Saudara Muhammad Syairazie Kasyfi Bin Kaswadi

Umur : 23 tahun

Alamat : Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Tajuk : UMNO Bangkit Kembali

14. Puan Najuwa Binti Abd Latip

Umur : 38 tahun

Alamat : Manjung, Perak

Tajuk : Sejarah Penubuhan UMNO

15. Encik Hasbullah Bin Md Noh

Umur : 39 tahun

Alamat : Bukit Jalil Indah, Kuala Lumpur.

Tajuk : Perjalananku “Jasa Dan Perjuangan” 75 Tahun UMNO – UMNO Online

Download (PDF, 2.09MB)

Related Articles

Video
YouTube