28.6 C
Gombak
Friday, July 23, 2021

Tuntutan Rakyat, Kerajaan Wajib Junjung Titah Raja

Must read

PERGERAKAN Pemuda UMNO Terengganu berpendirian untuk bersetuju dengan saranan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar Parlimen Malaysia perlu segera bersidang dalam tempoh 14 hari.

2. Sebagai kerajaan yang mendukung tinggi prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaaan seharusnya memahami Titah pandangan dan pendirian Yang Di Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Pemerintah sebagai panduan menyelesaikan kemelut rakyat kini, dan bukannya membuat tafsiran-tafsiran di luar konteks asal.

3. Melewat-lewatkan titah ini dilaksanakan menggambarkan sebagai tindakan berpolitik yang menjurus kepada penderhakaan. Pemuda UMNO Terengganu percaya parlimen adalah platform rasmi untuk ahli-ahli Parlimen mewakili rakyat masing-masing berbahas mencari formula paling ampuh membantu percepatkan proses vaksinisasi dan program bantuan ekonomi rakyat di musim PKP ini.

4. Kerajaan juga sepatutnya lebih bersifat inklusif terutama di dalam menerima idea semua pihak dalam membantu saku rakyat yang jelas-jelas semakin berkurangan. Sebagai contohnya, perlaksanaan I Sinar dan I Lestari 2.0 wajar dibuka kembali kepada rakyat ataupun setidak-tidaknya berilah peluang perbahasan di parlimen agar ruang cadangan membantu rakyat lebih bercambah.

5. Sikap sambil lewa kerajaan pusat melayani Terengganu dalam peruntukan tambahan PKP 3.0 ini juga mengecewakan kami. Dalam rekod kenaikan harga minyak mentah dunia, purata 6 bulan tahun ini adalah bersandar pada harga $68.85 per tong maka seharusnya Terengganu memperolehi sedikit tambahan pendapatan sekurang-kurangnya RM 600++ juta hasil royalti Petronas untuk Terengganu.

6. Oleh yang demikian, sangat penting bagi kami agar parlimen bersidang segera untuk ahli-ahli Parlimen Terengganu menyampaikan hasrat rakyat tempatan yang sangat memerlukan bantuan tunai terutama kelompok B40.

7. Pemuda UMNO Terengganu juga menzahirkan kerisauan terhadap program vaksinasi di negeri ini agak perlahan sedangkan pendaftaran rakyat telah mencecah 440 ribu orang iaitu melebihi separuh rakyat yg diberi keutamaan untuk divaksinkan. Pusat vaksin yang dibuka juga pula terhad kepada 14 buah sahaja seluruh negeri dan ditingkatkan hari ini kepada 21 buah menyebabkan pencapaian pevaksinisasian kepada rakyat kurang berkesan.

8. Akhir sekali, Pemuda UMNO Terengganu bersetuju dengan ketetapan Pemuda UMNO Malaysia untuk UMNO membuat keputusan tegas sekiranya kerajaan masih gagal untuk membuka PARLIMEN SEGERA! DAN SETERUSNYA KAMI INGIN MENCADANGKAN AGAR UMNO PERLU SEGERA KELUAR DARIPADA KERAJAAN INI SUPAYA TIDAK TERPALIT DENGAN POLITIK DERHAKA RAJA SEANDAINYA PENDIRIAN KERAJAAN INI TERUS ACUH TIDAK ACUH MEREALISASIKAN TITAH RAJA DAN TUNTUTAN RAKYAT. – UMNO ONLINE

Tengku Haphiz Tengku Putera

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu

Related Articles

Video
YouTube