27 C
Gombak
Thursday, February 25, 2021

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Must read

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan sedang membuat kempen agar Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua pihak dibentuk.

Ia dibayangkan melalui satu posting yang dibuat oleh kelab penyokong beliau, Kelab Che Det dengan palang pagar, #Kerajaan Perpaduan.

Dalam posting itu, pengendali kelab itu menulis “Ketika Negara diuji, Kerajaan Perpaduan adalah formula terbaik.”

“Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan Negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan YDP Agong supaya berhenti berpolitik.

“Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu,” .

Turut disertakan bersama posting itu adalah gambar tiga pemimpin yang menemui Tun Dr Mahathir iaitu ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada 26 Oktober, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Zulkifli Al Bakri pada 27 Oktober dan Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu pada 28 Oktober (Rabu).

Cadangan ini mendapat sambutan yang baik dari penyokong beliau dalam komen-komen mereka selepas posting itu disiarkan.

Arib Samsuri menulis, “Kerajaan perpaduan adalah kerajaan yang memerintah tanpa mengira fahaman politik. Diwaktu Covid-19 sedang melanda negara, itulah kerajaan yang rakyat perlukan. Tolong ketepikan fahaman politik masing2!!! Walaupun untuk seketika sahaja.”

Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Tun Mahathir juga berusaha menubuhkan kerajaan perpaduan ketika beliau dilantik menjadi perdana menteri interim.

Beliau bercadang mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan cara beliau memilih pemimpin yang beliau yakini untuk dilantik sebagai menteri bukan berdasarkan kedudukan dalam parti masing-masing.

Namun cadangan beliau ditolak oleh semua pihak termasuk rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sendiri ketika itu dengan alasan, “Tun Mahathir seolah-olah mahu membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira sokongan terhadap parti. Ia akan mendekati diktator”.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan kerajaan perpaduan pada tahun 2009 lalu ketika negara panas dengan politik dan pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil.

Ia dicetuskan Hadi dalam wawancara beliau dengan wartawan Mingguan Siasah dan laman Malaysian Insider ketika itu.

Muka depan Siasah (gambar) keluaran itu memuatkan berita utama bertajuk “Negara Tanpa Pembangkang”, yang menyusuli siri tumpuan kepada “politik damai” yang dicadangkan oleh Siasah.

Dalam wawancara itu, Abdul Hadi menerangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan mengambil contoh Indonesia di bawah bekas Presiden BJ Habibie.

Jelas Abdul Hadi, kerajaan perpaduan ini akan melibatkan semua parti politik menjadi sebahagian kerajaan, dan bukan hanya melibatkan Pas dengan Umno sahaja.

Related Articles

Video
YouTube