30.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Toyota Alphard baharu bakal dilancarkan pada tahun 2022

Must read

Menurut maklumat terkini yang dikumpulkan oleh media-media automotif dari Jepun, Toyota Alphard generasi keempat yang baru dijadualkan bakal dilancarkan pada tahun 2022, dan ia kelihatan seperti gambar lakaran di atas yang telah dikongsi oleh sebuah media automotif Jepun, BestCarWeb.Jp.

Alphard generasi ketiga terkini (AH30) dilancarkan pada Januari 2016. Ia menerima facelift pada bulan Disember 2017 untuk tahun model 2018, dengan sebahagian besar perubahan disekeliling bahagian luar dan kecekapan enjin.

Ketika itulah Toyota memperkenalkan enjin 2GR-FKS 3.5 liter V6 dengan kombinasi transmisi automatik 8-kelajuan yang sedang digunakan hingga ke hari ini.

Model semasa Toyota Alphard

Walau apa pun, model semasa Alphard ini sudah menjangkau usia lima tahun, dan secara tradisinya model sedia ada harus digantikan dengan model baharu yang sememangnya ditunggu-tunggu ramai. Berita baik untuk anda yang bercadang untuk memiliki sebuah MPV yang bernama Alphard ini! Model baharunya bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa penambahbaikan untuk model semasa akan dilakukan, tetapi butirannya tidak didedahkan pula.

Apa yang kita ketahui mengenai Alphard generasi seterusnya?

Jangan anda harapkan perubahan yang banyak terhadap saiz model baharu ini, nak besar mana lagi kan? Ini kerana sumber mengatakan bahawa Alphard generasi keempat akan mempunyai dimensi yang agak serupa dengan model semasa.

Sudut pandang belakang lakaran artis model Alphard baharu

Selain itu, Alphard generasi berikutnya juga dikhabarkan akan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), seperti model-model baharu lain yang telah dilancarkan oleh Toyota.

Sementara itu, jangkaan ramal pengamal media automotif Jepun Alphard generasi seterusnya hanya didatangkan dalam versi hibrid, dengan kombinasi kuasa penggerak berasaskan elektrik.

Selain itu, sumber yang sama menyatakan bahawa Alphard generasi semasa yang paling laris di Jepun adalah varian hibrid 2.5-liter, pancuan semua roda (AWD). Sehubungan itu, dikatakan bahawa Toyota akan menawarkan varian 2WD (dengan enjin hibrid yang serupa) untuk generasi akan datang.

Sudat pandang hadapan lakaran artis model Alphard baharu

Menurut sumber itu, bateri hidrida nikel-logam (NiMH) yang digunakan dalam sistem hibrid Alphard semasa akan digantikan dengan sistem lithium-ion (Li-ion) yang lebih padat yang bukan hanya bermanfaat untuk kecekapan bahan bakar, tetapi juga menjimatkan ruang perumah bateri.

Pada masa ini, UMW Toyota ada menawarkan model Alphard varian 3.5 liter yang diimport secara rasmi (CBU Jepun) dengan harga bermula dari RM 446,609, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. – SM

Model Alphard yang ditawarkan oleh UMW Toyota

 

 

Related Articles

Video
YouTube