31.4 C
Gombak
Wednesday, May 12, 2021

Tok Abah mesti disiasat atas pendedahan sogokan politik – AMK

Must read

JANGAN PILIH BULU – MUHYIDDIN YASSIN MESTI DISIASAT DENGAN KADAR SEGERA ATAS PENDEDAHAN “PENYOGOKAN POLITIK”

1. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka pada pagi tadi telah membuat satu laporan polis terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia berkenaan pendedahan “penyogokan politik”.

2. Umum ketahui mengenai Surat Usul Tidak Percaya yang dimuat naik di akaun Facebook dan Twitter milik YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Hamzah mengenai tawaran jawatan Penasihat Petronas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tertulis pada perenggan ke-7 di surat tersebut.

3. Setelah laporan polis dibuat bersama rakan-rakan seperjuangan di Balai Polis Ayer Keroh, kemudian saya ke IPD Jasin untuk memberikan keterangan dan menyatakan pihak polis harus menyiasat dengan kadar segera Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menawarkan jawatan GLC untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Gua Musang.

4. Perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan terancam akibat sogokan politik yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia secara senyap untuk kekal berkuasa.

5. Jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat boleh dipanggil secepat yang boleh untuk siasatan berkenaan laporan polis senarai Ahli Parlimen yang tersebar maka saya percaya pihak polis boleh melakukan perkara yang sama terhadap YAB Perdana Menteri kerana sehingga kini AMK Malaysia, AMK Johor, AMK Negeri Sembilan dan AMK Melaka telah membuat laporan polis mengenai isu ini.

6. AMK Melaka yakin pihak polis akan bertindak lebih adil dan menjalankan tugas secara professional serta tidak tunduk kepada mana-mana pihak.

PRASANTH KUMAR BRAKASAM
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI MELAKA

Related Articles

Video
YouTube