28.4 C
Gombak
Tuesday, March 2, 2021

Tok Abah Kau patut tumpu urus krisis Covid-19, bukan survival politik kata Guan Eng

Must read

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menyatakan bahawa tidak ada rombakan Kabinet, dan menghentikan penawaran kedudukan dan jawatan politik secara tidak bermaruah dan tidak jujur.

Desakan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang antara lain menyatakan bahawa orang awam mendambakan kerajaan yang bertanggungjawab kepada kepentingan negara dan rakyat, bukannya hanya untuk survival individu dan politik mereka sendiri.

“Ini sangat penting dalam memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang mencapai tahap tertinggi sebanyak 871 kes. Daripada memfokuskan pada survival politik dengan menyogok sokongan ahli Parlimen dengan jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“ Termasuklah jawatan besar sebagai Pengerusi Petronas, dan bahkan mengumpan prospek jawatan Menteri melalui rombakan Kabinet, masa dan usaha harus digunakan oleh Perdana Menteri untuk membetulkan kegagalan kerajaannya dalam krisis Covid-19,” katanya memetik laporan Roketkini.com.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan menyeru kerajaan fokus untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan bukannya menggunakan retorik perkauman dan agama yang memecahbelahkan, untuk menyokong wira-wira barisan hadapan kita memenangi pertempuran melawan Covid-19.

Usaha parti Tok Abah kau bunuh UMNO punca kegawatan politik

Tok Abah mesti disiasat atas pendedahan sogokan politik – AMK

Related Articles

Video
YouTube