30.9 C
Gombak
Thursday, February 25, 2021

Tok Abah Kau bakal jadi PM terpendek dalam sejarah negara

Must read

Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal diketahui Khamis hadapan ketika pengundian Belanjawan 2021, sama ada beliau terus mentadbir sebagai Perdana Menteri atau menjadi ketua kerajaan terpendek dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri jika Belanjawan 2021 ditentang dalam bacaan kedua di Parlimen, yang dijangka akan diundi pada 25 November hadapan.

Dengan sikap Muhyiddin yang dianggap tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan, Kit Siang juga merasa ragu-ragu kerana belanjawan tersebut adalah belanjawan yang biasa dalam waktu luar biasa.

“Saya berasa ragu-ragu. Belanjawan 2021 adalah belanjawan yang biasa dalam waktu luar biasa. Sedangkan ia sepatutnya menjadi sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa.

“Muhyiddin kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 ini diluluskan walaupun para Ahli Parlimen Pembangkang sentiasa beringat kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

“Adakah Belanjawan 2021 ini boleh diluluskan jika terdapat sebuah referendum kebangsaan terhadapnya?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu kata Kit Siang, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dilihat sedang mengambil kesempatan atas keadaan semasa yang luar biasa dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Katanya, Zafrul cuba mendapatkan satu cek kosong daripada Ahli-ahli Parlimen, sedangkan beliau sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mencipta sejarah dengan membentuk sebuah Belanjawan Perpaduan 2021 yang mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen DAP itu, Belanjawan 2021 kini cuba untuk menyeludup sejumlah besar RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

“Seperti yang telah didedahkan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, JASA telah beroperasi dengan belanjawan tersorok di bawah pemerintahan Najib dengan hampir RM80 juta setiap tahun, demi mengelakkan penelitian awam dan semak imbang Parlimen.

“Mengapakah mantan Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi terus mendiamkan diri?,” soalnya lagi

Beliau juga berpendapat, Zafrul sama sekali tidak mengetahui apa itu JASA dan operasi-operasi rahsianya.

Related Articles

Video
YouTube