30.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Tiada penonton dibenarkan dalam perlawanan SPL dek kenaikan kes COVID-19

Must read

Images

Para pemain Hougang United meraikan gol. (Gambar: Matthew Mohan)

5/5/2021 8:38Update: 5/5/2021 8:43

Sukan

SINGAPURA: Semua perlawanan bola sepak Liga Perdana Singapura (SPL) akan diadakan secara tertutup tanpa penonton mulai Sabtu ini (8 Mei), sejajar dengan sekatan-sekatan COVID-19 yang diumumkan pada Selasa (4 Mei) di tengah-tengah peningkatan kes jangkitan.

Sebanyak 64 kes jangkitan dalam kalangan masyarakat dicatatkan minggu lalu, naik daripada 11 kes pada minggu sebelumnya, mendorong pihak berkuasa untuk mengetatkan langkah-langkah pengurusan selamat mulai Sabtu ini hingga 30 Mei.

Iklaan

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sudah mengumumkan kurang dua minggu yang lalu bahawa sehingga 250 penonton boleh menyaksikan perlawanan-perlawanan SPL tanpa perlu menjalani ujian COVID-19.

Dengan langkah baru itu, tiada penonton dibenarkan.

“Kembalinya penonton ke perlawanan-perlawanan SPL dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini adalah sesuatu yang memberi semangat, tetapi kesejahteraan masyarakat bola sepak dan masyarakat umum secara amnya akan tetap menjadi keutamaan kami dan kami menggalak semua orang supaya mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada,” menurut FAS semalam.

Musim SPL sekarang bermula tanpa penonton pada Mac, dengan hanya lapan pasukan bersaing.

DPMM Brunei, yang menjuarai SPL dua musim yang lalu, sudah menarik diri daripada edisi tahun ini disebabkan oleh sekatan perjalanan COVID-19.

DPMM juga menarik diri daripada musim sebelum ini, yang digantung pada pertengahan Mac 2020 disebabkan pandemik dan disambung semula pada pertengahan Oktober.

Musim baru ini akan berjalan sehingga Oktober. Ini termasuk Piala Singapura 2021, yang dijadual bermula pada September.

– CNA/NK/nk

Iklaan

Related Articles

Video
YouTube