24.2 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Thailand tawar perhiasan emas, anak lembu untuk daftar vaksin Covid-19

Must read

Kakitangan kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada sami di Hospital Priest Hospital di Bangkok Selasa lalu. (Gambar AP)

BANGKOK: Dalam usaha meningkatkan kadar inokulasi, pihak berkuasa wilayah di Thailand menawarkan pelbagai hadiah daripada perhiasan emas sehingga anak lembu sebagai cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu, jika mendaftar untuk suntikan itu.

Bagi penduduk di daerah Phon di Khon Kaen pula, pejabat perbandaran menawarkan perhiasan emas dan potongan harga di restoran serta kedai tempatan kepada pemenang bertuah.

Ketua Daerah Mae Chaem, Boonlue Thammanurak berkata, sejak cabutan bertuah dilancarkan, seramai 4,506 orang atau 40% daripada 11,513 individu berisiko mendaftar untuk vaksin Covid-19, lapor The Nation.

Setiausaha Tetap Wilayah Chiang Mai, Kanok Srivichainan berkata, program promosi vaksinasi Mae Chaem akan berlanjutan sehingga 70% penduduk daerah itu divaksinasi.

Katanya, daerah Chiang Mai menyasarkan vaksinasi 70% daripada 1.73 juta penduduk mulai bulan depan untuk mencapai imuniti kelompok.

Sehingga semalam, Thailand sudah memberikan 2.54 juta dos vaksin di seluruh negara.

Related Articles

Video
YouTube