25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Thailand kuatkuasa perintah ‘gelembung dan tutup’ di kem pekerja binaan

Must read

Sehingga kini, terdapat kira-kira 409 kem menempatkan sekitar 62,000 pekerja binaan di sekitar Bangkok.BANGKOK: Thailand kuat kuasa kaedah ‘gelembung dan tutup’ di kem pekerja binaan di Bangkok bagi membendung gelombang ketiga penularan Covid-19.

Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata semua kem pekerja binaan diletakkan di bawah perintah ‘gelembung dan tutup’, satu strategi untuk memantau dan membataskan pergerakan pekerja.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 409 kem menempatkan sekitar 62,000 pekerja binaan di sekitar Bangkok.

Pihak berkuasa kesihatan telah mengesan kes varian B.1.617 menular dalam kalangan pekerja pembinaan.

“Pihak berkuasa kesihatan akan meningkatkan pengesanan kes aktif untuk membendung Covid-19 daripada terus merebak,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini hari ini.

Mengenai varian Afrika Selatan (B.1.351), Natapanu berkata sebanyak 11 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

“Varian B.1.351 banyak dikesan di Tak Bai dan tidak dikesan di bahagian lain di Thailand. Sampel dari wilayah berdekatan telah dikumpulkan untuk analisis penjujukan genom.

“Pihak berkuasa wilayah Narathiwat telah mengarahkan tempat awam dan kampung di lima daerah ditutup,” katanya.

Sejak 24 jam lalu, Thailand melaporkan 41 lagi kematian, jumlah harian tertinggi sejak wabak itu bermula Januari tahun lalu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kes kematian itu melibatkan 25 lelaki dan 16 wanita berusia antara 29 hingga 86 tahun termasuk 16 di Bangkok, Samut Prakan (tujuh), Nonthaburi (tiga) dan masing-masing dua di Chon Buri dan Pathum Thani.

Dalam tempoh sama katanya, Thailand merekodkan 2,455 kes baharu termasuk 479 banduan, menjadikan jumlah jangkitan 137,894 dan 873 kematian.

“Secara keseluruhan situasi Covid-19 di Thailand menunjukkan trend menaik.

“Sebanyak 109,031 dan 779 kematian dilaporkan pada gelombang ketiga jangkitan sejak awal April. Di Bangkok, 36, 542 kes dan 365 kematian dilaporkan,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube