23.7 C
Gombak
Sunday, August 1, 2021

Terdesak sehingga ‘jual’ isteri

Must read

Desakan hidup selepas diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19, seorang suami sanggup ‘menjual’ isterinya kepada lelaki hidung belang.

Lelaki berasal dari Prambon, Nganjuk berusia 42 tahun itu mengakui sudah ‘menjual’ isterinya sebanyak lima kali dengan bayaran 1 juta rupiah (RM284) untuk sekali layanan.

Portal Detik melaporkan, dia nekad menjual pasangan hidupnya untuk memenuhi keperluan ekonomi selepas berhenti kerja.

“Suspek mengaku sudah tidak bekerja sebagai pemandu. Akhirnya tidak ada wang.

“Dia mengambil jalan pintas menjual isterinya yang sah dengan cara memaksa wanita itu melayani lelaki hidung belang untuk mendapatkan wang,” kata jurucakap polis Lukman Cahyono.

Menurutnya, ketika isterinya melayani lelaki hidung belang, suspek mengaku kerap berada di bilik hotel yang sama.

Beliau berkata, polis juga merancang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan mental terhadap suspek.

“Suami menjual isterinya, dan wanita ini juga walaupun pada awalnya dipaksa, namun sudah lima kali melakukannya,” katanya.

Sebelum itu, suspek bersama isterinya berusia 41 tahun ditahan bersama seorang pelanggan di sebuah hotel di Gampengrejo, Kediri.

Related Articles

Video
YouTube