32.4 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Tak salah: Sifat 'tamak' Salah bantu Liverpool kata Klopp

Must read

Images

  • salah liverpool epl

    EPL: Mohamed Salah jaringkan gol, bantu Liverpool atasi West Ham 3-1 pada 31 Jan 2021 (Gambar: Pool via REUTERS/Justin Setterfield)


23/5/2021 23:57

Sukan

REUTERS: Rasa ‘tamak’ penyerang Liverpool Mohamed Salah untuk menjaringkan gol, membantu kelab itu untuk menduduki empat tangga teratas Liga Perdana England, kata pengurus Juergen Klopp.

Liverpool, yang merangkul gelaran juara musim lalu, berada di tangga kelapan pada Mac dengan kelayakan Liga Juara-Juara kelihatan sukar dicapai. Tetapi pasukan itu berjaya mencatat sembilan perlawanan tanpa kalah untuk melonjak ke tangga keempat.

Iklaan

Salah memainkan peranan penting dalam pasukan Klopp, menjaringkan 22 gol, sama dengan pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane dalam persaingan untuk anugerah Golden Boot (But Emas), yang mengiktiraf pemain Liga Perdana yang menjaringkan paling banyak gol.

“Sangat mudah untuk melihat di mana kedudukan kami tanpa gol jaringan Mo. Tetapi yang sama boleh dikatakan tentang pasukan lain tanpa gol yang dijaringkan oleh penjaring terbaik mereka,” kata Klopp kepada para wartawan sebelum perlawanan di padang sendiri menentang Crystal Palace pada Ahad (23 Mei).

“Pasukan ini banyak membantunya, tetapi Mo juga banyak memainkan peranan. Keinginannya, profesionalismenya, rasa tamaknya juga yang membantu kita sepenuhnya.”

Salah, pemain antarabangsa Mesir, adalah satu-satunya pemain Liverpool yang mencatat gol dua angka dalam liga musim ini, dengan Roberto Firmino, Sadio Mane dan Diogo Jota masing-masing menjaringkan sembilan gol.

“Ini adalah tahun yang sangat baik buatnya kerana bagi seorang penyerang dalam pasukan yang tidak sentiasa berada di atas, menjaringkan gol sebanyak ini sangat luar biasa. Itulah yang menjadikannya benar-benar istimewa,” puji Klopp.

Chelsea (67 mata), Liverpool dan Leicester City (masing-masing 66 mata) kini dalam persaingan tiga penjuru untuk dua tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara menjelang pusingan terakhir perlawanan Ahad ini.

– Reuters/TQ/tq

Iklaan

Related Articles

Video
YouTube