26.4 C
Gombak
Friday, July 30, 2021

SUV terhumban dalam terusan, 13 terkorban

Must read

MANILA: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam terusan menyebabkan 13 orang, termasuk kanak-kanak maut di utara Filipina semalam.

Ketua Polis Negara, Debold Sinas, berkata sebahagian besar penumpang mati lemas dan siasatan kemalangan yang berlaku di wilayah Kalingan itu sudah dimulakan.

“Dalam pada itu, unit polis peronda lebuh raya dan tempatan diarah menguatkuasakan peraturan ‘larangan lebih muatan’.

Polis, dalam satu kenyataan hari ini, berkata SUV Ford Everest itu dinaiki 15 orang ketika terhumban dan tenggelam di terusan di Bandar Tabuk, kira-kira jam 6.15 petang semalam.

Katanya, mangsa termasuk tujuh kanak-kanak lemas di dalam SUV terbabit manakala dua penumpang lain berada dalam keadaan stabil

Kemalangan maut adalah perkara biasa di Filipina kerana pemandu sering melanggar peraturan manakala jalan raya sering berada dalam keadaan teruk. – AFP

Dalam perkembangan lain, taufan kencang yang merentasi Filipina hari menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan memaksa ribuan berpindah akibat banjir kilat.

Taufan Surigae dengan kelajuan tiupan angin 195 kilometer sejam (km/j) kirakira 500 kilometer (km) tidak diramalkan melanda negara itu.

Namun, angin kencang dan hujan lebat melanda wilayah tengah Visayas Timur menyebabkan 66 kampung membabitkan 68,000 penduduk menghadapi banjir.

Seorang lelaki berusia 79 tahun dilaporkan terbunuh dihempap pokok kelapa yang tumbang dan seorang lagi dilaporkan hilang selepas turun ke laut. – AFP

Related Articles

Video
YouTube