26.4 C
Gombak
Friday, July 30, 2021

Surat Kecam Masjid: Lelaki ditahan polis

Must read

JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang mempunyai kaitan menulis surat jelek mengecam Masjid Jamek Bahau dan menghina orang Melayu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Taman ACBE di sini pada jam 10.10 malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

“Dalam serbuan di rumah suspek, polis merampas beberapa helai kertas dan sampul surat disimpan dalam kabinet dapur dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

“Suspek dipercayai menulis surat berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan majikannya selepas diberhentikan kerja kerana dikatakan mempunyai masalah disiplin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Polis sebelum ini membuka kertas siasatan berikutan tular surat jelek diterima pengurusan Masjid Jamek Bahau yang kandungannya mengecam masjid serta menghina orang Melayu.

Chang Hook berkata, suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia ( AKM) 1998 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Berita sebelum:
“Polis siasat surat kecam masjid, maki orang Melayu”
https://malaysiannow.com/polis-siasat-surat-kecam-masjid-maki-orang-melayu/

Related Articles

Video
YouTube