24.2 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Israel terus bedil Gaza, konflik berdarah makin memuncak

Must read

GAZA: Israel dilaporkan terus melancarkan serangan meriam dan roket bertubi-tubi mengebom Gaza hari ini, dalam siri konflik yang setakat ini sudah meragut 127 nyawa.

Israel melakukan serangan itu susulan Hamas melancarkan ratusan tembakan roket sebelum ini ke arah Israel termasuk dua lapangan terbang utamanya.

Menurut tentera Israel, operasi sepanjang malam itu membabitkan jet pejuang dan kereta kebal yang menyerang rangkaian terowong Hamas di bawah kawasan perumahan awam.

Katanya, tiada peringatan kepada orang awam kali ini, seperti mana dilakukan sebelum serangan yang meruntuhkan blok menara di Gaza awal minggu ini.

Langit Gaza bermandikan cahaya oren ketika letupan menggegarkan bumi Palestin akibat daripada serangan itu.

Wartawan AFP melaporkan, beberapa buah rumah di kawasan berpenduduk padat di Gaza musnah atau rosak teruk akibat serangan itu.

Ketegangan sejak 2014 antara Israel dan Palestin di Gaza menyaksikan tentera Israel ‘berkampung’ di pinggir wilayah yang disekat.

Jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus, hari ini menjelaskan berlaku kekeliruan berhubung laporan semalam yang mengatakan tenteranya sudah memasuki Gaza.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tentera menyertai operasi yang mensasarkan terowong di bawah sempadan.

“Tiada askar Israel berada dalam Gaza buat masa ini,” katanya.

Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa termasuk KLM, British Airways, Virgin, Lufthansa dan Iberia membatalkan penerbangan susulan serangan udara itu. – AFP

Related Articles

Video
YouTube