23.4 C
Gombak
Friday, February 26, 2021

SPRM serbu Prasarana

Must read

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pagi tadi bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam syarikat berkait kerajaan itu, kata Azam Baki.

Ketua pesuruhanjaya SPRM itu berkata selain daripada laporan media, terdapat beberapa pihak membuat laporan berkenaan isu itu.

“Saya sahkan kita sudah memulakan siasatan di bangkitkan dalam media baru-baru ini berhubung dengan isu Prasarana itu. Jadi SPRM akan melihat perkara ini dengan lebih teliti dan melakukan siasatan dengan adil,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Saya memohon mana-mana pihak jangan membuat sebarang komen dan kita memang ada menerima laporan daripada beberapa pihak dan kita perlu lihat perkara ini betul atau tidak.”

Azam berkata, semasa menyerbu pejabat Prasarana pagi tadi, SPRM mengambil beberapa dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“Ya kita ada pergi pejabat Prasarana untuk mendapatkan beberapa dokumen yang relevan berhubung perkara ini dan kita akan adakan pertemuan dengan saksi-saksi yang relevan dalam tempoh terdekat mungkin esok kita
mula panggil siasat untuk soal siasat.”

Related Articles

Video
YouTube