30.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Siti Sarah dipanggil bodoh kerana masak lauk guna dakwat sotong

Must read

Penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin dipanggil bodoh hanya kerana memuat naik gambarnya memasuk lauk dengan menggunakan dakwat sotong.

Siti Sarah berkata, dia menerima mesej itu menerusi mesej yang dihantar ke akaun Instagram miliknya.

“Saya ni memang tak pandai, banyak nak kena belajar, tapi orang yang konon tahu semua benda tak perlu la senang-senang nak bodohkan orang

“Jaga adab bila bercakap. Cuba kalau Saya bodohkan orang yang tak dikenali, mesti ramai yang melenting,” katanya.

Menurut Sarah, dia juga telah meminta suaminya yang juga seorang pelawak, Shuib untuk bertanyakan kepada Imam Muda Asyraf berkenaan hal berkenaan.

Malah, jawapan yang diterima ialah hukum memakan dakwat sotong hukumnya ialah harus.

“Jadi lepas ini masaklah sotong masak hitam secara tenang. Tak perlu rasa was-was atau geli.

“Mufti dah jelaskan yang dakwah hitam itu dah jadi sebahagian daripada sotong . Kita sama-sama belajar.

“Janganlah sebab satu benda itu anda tidak setuju, terus gelarkan orang bodoh. Itu yang tak baik,” katanya.

 

Related Articles

Video
YouTube