28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

Singapura perketat kelulusan masuk pengembara dari Indonesia

Must read

Mulai 13 Julai, Kementerian Kesihatan berkata semua pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dalam tempoh 21 hari, juga tidak dibenarkan transit di Singapura. (Gambar Twitter)SINGAPURA: Singapura akan memperketat langkah keselamatan di sempadan dengan mengurangkan kelulusan masuk untuk pengembara bukan warganegara dan penduduk tetap dari Indonesia berkuat kuasa serta merta.

“Kelulusan masuk mungkin dipertimbang di samping melaksanakan langkah pengurusan keselamatan tambahan,” kata Kementerian Kesihatan republik itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mulai 13 Julai, kementerian berkata semua pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dalam tempoh 21 hari, juga tidak dibenarkan transit di Singapura.

Ketika ini, semua yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalanan ke Indonesia dalam tempoh 21 hari, perlulah negatif ujian polymerase chain reaction (PCR) Covid-19 yang diambil dalam masa 72 jam sebelum berlepas ke Singapura.

Namun, mulai 13 Julai, pengembara perlu menunjukkan ujian PCR Covid-19 negatif yang sah, diambil dalam masa 48 jam sebelum ke Singapura, kata kementerian itu.

Kementerian berkata pelawat yang tiba di Singapura tanpa keputusan ujian PCR negatif yang sah mungkin tidak akan dibenar memasuki negara ini.

Sementara itu, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tidak mematuhi syarat baharu itu, permit atau pas mereka mungkin akan dibatalkan, katanya.

Semua pengembara juga masih tertakluk Notis Tinggal di Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan khas SHN; ujian saringan PCR semasa ketibaan dan ujian PCR pada hari ke 14; dan Antigen Rapid Test (ART) dan ujian ART kendiri pada hari ketiga, ketujuh dan 11 selepas ketibaan.

Related Articles

Video
YouTube