25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Singapura lulus ujian nafas Covid-19, hasil keputusan segera

Must read

Fungsi ujian ini sama seperti ujian pernafasan biasa yang digunakan polis untuk mengesan pemandu yang mabuk. (Gambar Reuters)SINGAPURA: Satu ujian pernafasan yang direka untuk mengesan Covid-19 dan memberi keputusan yang tepat dalam masa satu minit telah diluluskan untuk digunakan di Singapura, kata Universiti Nasional Singapura dalam satu kenyataan.

Ujian yang dibangunkan oleh syarikat pemula NUS, Breathonix, berfungsi seperti ujian pernafasan standard yang digunakan polis untuk mengesan pemandu mabuk.

Seseorang yang sedang diuji bagi Covid-19 hanya perlu meniup ke dalam corong mulut pakai buang yang dihubungkan kepada “alat pengambilan sampel ketepatan tinggi”, menurut NUS dalam satu kenyataan.

Nafas yang dihembuskan kemudian dikumpulkan dan disalurkan ke dalam spektrometer untuk diukur.

Singapura akan menguji setiap pelancong yang masuk dari Malaysia di Tuas Checkpoint di bahagian barat pulau itu dalam percubaan untuk menggunakan alat ujian pernafasan terbabit, lapor Straits Times.

Mereka yang didapati positif selepas ujian pernafasan akan disaring pula menerusi ujian calitan PCR. Singapura ketika ini menyaring pengembara menggunakan ujian ART (antigent rapid test), bersama-sama alat ujian pernafasan.

Ujian tepat yang pantas boleh menjadi kunci dalam membantu membuka semula sektor pelancongan yang semakin perlahan akibat pandemik.

Walaupun AS dan sebahagian Eropah mula dibuka kembali dengan jumlah bebanan viral yang lebih tinggi, Singapura dan negara-negara “Covid-zero” lain di Asia masih tidak yakin untuk membuka sempadannya dan pantas bertindak membendung sebarang tanda-tanda lonjakan kes.

Breathonix setakat ini telah menjalani tiga ujian klinikal, dua di Singapura dan satu lagi di Dubai. Ia mencapai kepekaan 93% dan 95% pengkhususan dalam satu kajian rintis awal di Singapura membabitkan180 pesakit.

Related Articles

Video
YouTube