30.9 C
Gombak
Thursday, February 25, 2021

Sindiket Call Centre Telecommunication Fraud berjaya mengumpulkan maklumat peribadi melalui portal JPJ, MyEG, dan SPR

Must read

Seramai 22 individu terdiri daripada 19 lelaki dan 3 wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan”Telecommunication Fraud” yang menyasarkan Warga Malaysia telah berjaya ditangkap pada 29 Disember 2020 oleh sepasukan polis dari Bahagian Risikan / Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di Ipoh, Perak.

Ahli sindiket ini yang dahulunya menjalani latihan di Kemboja telah balik ke Malaysia kerana pandemik Covid- 19 dan menjalankan kegiatannya semula di Menglembu, Ipoh dan seterusnya di “Call Centre Telecommucation Fraud” di Taiping pada awal bulan November sehingga pertengahan Disember 2020 sehingga tertangkap.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyamar sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan Telekom Malaysia dan Pegawai Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dimana sindiket ini menggunakan “MYEG”, “JPJ portal, “SPR Portal” untuk mendapatkan maklumat mangsa. Turut dirampas dalam serbuan ini, 2 buah kereta, 3 buah laptop, 47 telefon bimbit, 12 pasport, 37 set skrip dan kad ATM.

Suspek telah direman selama 4 hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (melakukan tipu) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Dalam sidang media ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada apabila membuat sebarang urusan “on line” dengan individu yang tidak dikenali, jangan mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga dan membuat pengesahan akaun terlebih dahulu melalui sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti samada akaun tersebut pernah terlibat dalam penipuan atau tidak sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.

Related Articles

Video
YouTube