28.6 C
Gombak
Friday, July 23, 2021

Siapa yang bocorkan maklumat mesyuarat MKT UMNO, Tajuddin dedahkan tembelang PPBM

Must read

Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah membuat ketetapan yang selari dengan PAU 2020, di mana secara sahnya ia telah menjadi ketetapan atau pun dasar parti UMNO.

Menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan NO PPBM, NO DAP dan NO PKR.

Apa yang menghairankan bagi Makcik Kiah, 3 orang MKT UMNO yang tidak bersetuju dengan dasar parti yang telah diputuskan, cuba memutar belitkan fakta.

Tajuddin Rahman tanpa segan silu menuduh UMNO melakukan ‘tactical move’ dan keputusan menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri adalah bercanggah dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh PAU 2020.

Tajuddin juga mendakwa beliau setuju untuk menarik diri dari menyokong PPBM, tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai.

Dan atas dasar itu, beliau tidak setuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO.

Agak menghairankan bila YB Don Probok Probok ini boleh membuat bacaan politik yang salah.

PAU dan MKT menetapkan NO PPBM, NO DAP dan NO PKR.

Sebab utama akar umbi UMNO mendesak supaya UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional adalah kerana PPBM menjadi terlalu angkuh dan bersikap ‘big brother’ yang membuli dan memperlekehkan UMNO sejak mereka mendapat jawatan Perdana Menteri dan ianya berlaku bukan hanya di era Mahiaddin, malah bermula dari era Dr Mahathir memimpin Pakatan Harapan.

Menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin sebagai Perdana Menteri akan menyingkirkan beliau dan PPBM dari puncak kuasa.

Jadi apa bezanya?

UMNO tidak membuat keputusan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional kerana sudah dijelaskan oleh Presiden UMNO, sokongan UMNO terhadap Perikatan Nasional bukanlah dasar parti tetapi terhad kepada sokongan Ahli Parlimen UMNO sahaja.

Baca di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/716353/umno-tidak-sertai-pn-bersatu-mohon-sertai-muafakat-nasional-zahid

Sebab itu UMNO memberikan kebebasan kepada Ahli Parlimen UMNO untuk membuat pilihan sama ada untuk menongkah arus dengan dasar parti yang telah ditetapkan atau akur dengan dasar parti.

Tiada tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen UMNO yang menongkah arus, namun risikonya kena tanggung sendiri dan jangan pula nanti salahkan UMNO.

Baca di sini:
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157996894885952/

Lebih mengejutkan bila Tajuddin secara tidak sengaja telah mendedahkan tembelang PPBM ketika bercakap dalam mesyuarat MKT UMNO.

Selama ini kepimpinan UMNO dituduh sedang giat menjalankan usaha untuk menubuhkan jajaran baru politik yang melibatkan DAP, tetapi rupa-rupanya, secara jelas Tajuddin mendedahkan bahawa PPBM sebenarnya telah melakukan usaha untuk mendapatkan sokongan DAP demi untuk mengekalkan kuasa mereka.

Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/549294

Jelas di sini, tujuan utama menyebarkan fitnah itu adalah untuk menyerang Presiden UMNO dan memburuk-burukkan UMNO.

Seorang lagi ahli MKT UMNO yang tidak bersetuju dengan ketetapan parti ialah Zahidi.

Bagi Makcik Kiah, ‘gentle’ lagi Tajuddin jika dibandingkan dengan Zahidi.

Walau pun sedar kemungkinan berhadapan dengan kemarahan ahli MKT yang bersetuju dengan dasar parti, namun Tajuddin masih mempunyai keberanian untuk menghadiri mesyuarat MKT UMNO.

Berbeza dengan Zahidi yang cuma berani bercakap di belakang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk menghadiri mesyuarat MKT UMNO yang penting ini.

Ibarat rumah siap, pahat berbunyi, begitulah sikap Zahidi.

Selepas keputusan dibuat, Zahidi menyerang Presiden UMNO, kononnya Presiden UMNO mempunyai agenda peribadi untuk mebuat jajaran baru politik demi melepaskan diri dari kes-kes mahkamah, maka sebab itu Presiden membuat keputusan menarik balik sokongan UMNO kepada Mahiaddin.

Baca di sini:
https://www.agendadaily.com/politik/yang-setuju-anwar-jadi-pm-cuma-zahid-dan-kawan-kata-ahli-mkt-umno/

Makcik Kiah tak sangka, begitu dangkal rupanya pemikiran Zahidi ini.

Pertama, keputusan yang diumumkan oleh Presiden UMNO bukanlah keputusan peribadi beliau tetapi ia adalah keputusan PAU 2020 dan MKT UMNO.

Kedua, kalau benar Presiden UMNO mahu melepaskan diri dengan kes-kes mahkamah yang sedang beliau hadapi, ianya sudah dilakukan semasa Dr Mahathir mendesak Presiden UMNO supaya membubarkan UMNO dan sertai PPBM.

Dan seorang lagi ahli MKT UMNO yang tidak bersetuju dengan dasar parti yang telah ditetapkan ialah Khaidirah Abu Zahar @ Dira.

Beliau tidak banyak membuat kenyataan membantah, namun jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya.

Apa yang menjadi tandatanya, siapakah yang membocorkan rahsia maklumat yang dibincangkan dalam mesyuarat MKT UMNO?

Maklumat dibocorkan dan dikompangkan oleh Annuar Musa.

Baca di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=376157203881321&id=100044611321476

Kalau ikut logik akal, mestilah di kalangan ahli MKT UMNO yang tidak bersetuju dengan keputusan yang telah ditetapkan.

Pernah dahulu Dira dikatakan membocorkan rahsia mesyuarat MKT UMNO, namun perkara itu senyap begitu sahaja.

Apakah mungkin Dira?

Kerana macam yang Makcik Kiah katakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Atau Zahidi yang dilihat bersikap baling batu sembunyikan tangan?

Atau mungkin Tajuddin yang selalu ‘outspoken‘ bila bercakap?

Atau mungkin ada lagi di kalangan MKT UMNO yang bersikap musang berbulu ayam?

Kepimpinan tertinggi UMNO tidak boleh mendiamkan diri lagi kerana tindakan mereka sudah keterlaluan dan menjolok mata!!!

Related Articles

Video
YouTube