25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

‘Selebriti kayangan’ buat hal lagi? Polis siasat foto tular sambutan Hari Raya tak ikut SOP

Must read

Polis mengesan satu gambar keluarga selebriti terkenal tular di dalam laman media berita dalam talian dan media sosial, memaparkan suasana sambutan Hari Raya bersama keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, majlis tersebut berlangsung di kediaman selebriti di Hulu Kelang, Ampang, Selangor itu dengan didakwa tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Terdapat lebih kurang 13 individu yang disyaki satu keluarga dipaparkan dalam gambar berkenaan.

“Majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN iaitu program ziarah hari raya.

“Aktiviti ini adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah menerima laporan polis berkaitan isu terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, polis juga akan memanggil semua terlibat untuk memberikan keterangan.

Susulan itu, orang awam diminta tidak membuat spekulasi, selain terus mematuhi arahan serta SOP yang telah ditetapkan.

Related Articles

Video
YouTube