26.4 C
Gombak
Friday, July 30, 2021

Saya tak setuju penyenaraian FGV, kata Muhyiddin

Must read

TANGKAK: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan pimpinan Najib Razak pada 2012 yang mahu FELDA disenaraikan sebagai syarikat awam, FELDA Global Ventures (FGV).

Muhyiddin berkata, ketika itu beliau dalam Kabinet dan tahu pegawai di FELDA serta masyarakat peneroka tidak bersetuju dengan penyenaraian itu.

“Bila disenaraikan FGV, saya dalam Kabinet, saya bagitahu PM (perdana menteri) waktu itu, saya tidak payah bagitahu siapa. Saya tidak setuju.

“Saya tahu pegawai di FELDA apatah lagi peneroka di FELDA tidak setuju supaya mereka diserahkan pada FGV dan dijadikan sebagai syarikat awam, disenaraikan dan dikeluarkan saham waktu itu RM4.50 kalau tidak silap saya, sekarang dah jatuh RM1.28,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan pemimpin bersama masyarakat Parlimen Pagoh di FELDA Sri Jaya, Bukit Serampang.

Muhyiddin berkata, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) membentang kertas putih (FELDA), ia tidak dapat dilaksanakan.

“Jadi apabila PN (Perikatan Nasional) ambil alih, perkara diberikan tumpuan utama adalah untuk memulihkan semula FELDA dan kerajaan PN mesti ambil langkah kembalikan semula hak peneroka yang sebenar.

“Bila kita terpaksa bantu untuk pulih dan kembalikan hak, maka kita hendak lihat FELDA ini beri keuntungan…(pengerusi FELDA) beri jaminan 2023, kita (FELDA) akan kembali untung seperti dahulu dan saya berpegang pada kata-kata pengerusi,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube