26.4 C
Gombak
Friday, July 30, 2021

Salahkan peniaga Bazar punca kes Covid-19 naik, netizen berang dengan isteri Menteri, Shaifuddin Abdullah

Must read

Orang ramai dilihat tidak puas hati dan berang dengan isteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang seolah-olah menyalahkan peniaga bazar Ramadan ekoran penularan Covid-19.

Datin Norlin Shamsul Bahri yang juga pesakit Covid-19 tahap dua mengingatkan agar penjual di bazar Ramadan tidak hanya memikirkan perniagaan mereka sahaja.

“Jangan fikir nak keuntungan besar, peringatan kerajaan korang anggap fishy. Don’t be selfish.

“Korang tak rasa (dijangkiti Covid-19) bolehlah cakap macam itu. Please be considerate. Covid is pandemic. Bukan propaganda kerajaan ke apa,” katanya.

Norlin turut mengulangi peringatan keras kepada golongan peniaga dan menegaskan wang tidak boleh dibawa mati.

“Beringatlah. Kalau tak nak kena Covid-19 hati-hati. Yang berniaga mulut jangan celupar sangat. Allah mendengar.

“Duit tak boleh bawa mati tapi Covid-19 boleh bawa mati,” ujarnya lagi dari wad 9D Hospital Sungai Buloh dalam hantaran di Facebook yang tular di media sosial.

Terdahulu, Norlin yang juga Penaung Puspanita Cawangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu memaklumkan suaminya menghidap Covid-19 tahap tiga.

Sehubungan itu, warganet mengecam kenyataan isteri Setiausaha Bersatu Pahang yang juga bekas wakil rakyat PKR berkenaan.

“Kenapa tak cerita pasal menteri-menteri buka puasa sana-sini? Selebriti buat majlis ramai ramai.

“Janganlah menuding jari ke penjual bazaar saja, kak oi,” tempelak pengguna Twitter Mazlina Tahir.

Tidak kurang juga yang mengingatkan kembali Norlin bahawa operasi bazar Ramadan adalah atas kebenaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai suaminya sendiri.

“Salah laki sendiri tak nampak. Salah peniaga bazar nampak. Laki bini sama naik benak,” bidas seorang pengguna Twitter lagi.

Manakala seorang pengguna Facebook membuat komen:
“Dia lupa Aritu merayu dengan penjual bazaar undi suruh undi laki dia ?”

Sebelum ini, kerajaan PN membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Related Articles

Video
YouTube