26.6 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

Sah, ADUN PAN lompat ke PKR

Must read

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar sah keluar parti Parti Amanah Negara (PAN) dan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha PAN Selangor Kamarul Hisham Yeop Hashim mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.

“PAN Selangor memaklumkan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, ADUN Meru telah keluar dari parti PAN untuk menyertai PKR.

“Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang beliau terbatal serta merta,” katanya.

Sebelum bergabung dengan PAN pada akhir tahun 2015, beliau adalah bendahari Pemuda PAS.

Related Articles

Video
YouTube