27.3 C
Gombak
Wednesday, May 12, 2021

Rekod kemenangan United berakhir

Must read

LONDON: Rekod kemenangan Manchester United berakhir selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Ole Gunnar Solskjaer yang berada di kedudukan kedua liga kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Tempoh 45 minit pertama berlangsung hambar dengan sepakan percuma Marcus Rashford yang diselamatkan Illan Meslier dilihat aksi yang paling menarik.

Kegagalan United untuk merekodkan kemenangan keenam berturut-turut dalam semua kejohanan membuka ruang buat City untuk muncul juara liga lebih awal musim ini.

City kini hanya perlu dua kemenangan daripada lima perlawanan terakhir mereka bagi mengesahkan status sebagai juara liga.

Sementara itu, Leeds melonjak ke tangga kesembilan liga dan buat kali pertama tidak tewas dalam enam perlawanan liga berturut-turut sejak 2002.

United kini mengalihkan fokus bagi menghadapi aksi separuh akhir pertama Liga Europa menentang Roma, awal pagi Jumaat ini.

Leeds pula akan berkunjung ke Brighton untuk aksi liga, Sabtu ini. – Agensi

Related Articles

Video
YouTube