27.3 C
Gombak
Wednesday, May 12, 2021

Red Giants rekrut Honda?

Must read

Menjelang pembukaan jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia (Liga M) bulan depan menyaksikan beberapa nama besar dikaitkan bakal beraksi di liga tempatan.

Antara pemain berkenaan adalah bekas pemain AC Milan dari Jepun, Keisuke Honda yang dikaitkan dengan pasukan Selangor FC.

Difahamkan, perpindahan tonggak tengah berusia 34 tahun itu sedang giat diusahakan bagi mengukuhkan kekuatan skuad Red Giants di posisi itu.

Di laman sosial ketika ini cukup meriah dengan poster Honda memakai jersi Selangor FC menandakan seolah kehadiran pemain itu bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super bulan depan.

Untuk rekod, jendela perpindahan kedua akan dibuka dari 3 hingga 30 Mei ini dan antara pemain yang bakal ‘dikorbankan’ adalah Manuel Konrad yang kemungkinan beraksi untuk pasukan Selangor II di Liga Perdana.

Arena Metro cuba mendapatkan pengurusan pasukan Selangor FC, namun gagal dijawab bagi mendapatkan pengesahan.

Bagaimanapun, berdasarkan reputasi Honda, kehadiran pemain itu dilihat tepat untuk membantu pasukan memperbaiki kedudukan dalam liga ketika ini.

Pengalaman Honda cukup luas terutama di pentas antarabangsa apabila beraksi bersama AC Milan selama tiga musim dari 2014-2017.

Dia juga pernah berkelana ke Liga Australia pada 2018-2019 untuk bersama Melbourne Victory, selain turut beraksi di Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 2010, 2014 dan 2018.

Sementara itu, penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun mendakwa skuad Red Giants adalah pasukan terhebat dalam saingan Liga M mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kehebatan JDT sesuatu yang tidak boleh dinafikan, mereka juara liga tujuh kali berturut-turut.

“Tetapi jika saya orang luar yang mencari maklumat mengenai Liga M di online, saya jumpa nama Selangor dan ia tiada ragu mengenai itu…Selangor adalah kelab terbesar,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube