31.4 C
Gombak
Wednesday, May 12, 2021

Ramai kecewa dengan belanjawan 2021 – NUFAM

Must read

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) menjangka ramai pekerja dalam industri penerbangan akan kecundang hasil daripada Belanjawan 2021 yang diumumkan semalam.

Bajet tersebut sepatutnya memperkukuhkan industri penerbangan dan juga pekerja yang telah hilang pendapatan akan terus terkesan, akhirnya pupus daripada industri penerbangan pada tahun depan.

Ini kerana, pada masa ini beribu-ribu pekerja seperti juruterbang, jurutera, kru kabin dan pekerja lain akan lebih menderita jika mereka tidak diberikan perlindungan saksama.

Selain bantuan dari segi kewangan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pengeluaran tambahan RM500 sebulan untuk tempoh setahun daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya sementara.

Sedangkan bajet itu sepatutnya memberi kesinambungan kepada golongan yang terkesan,mereka yang hilang kerja atas sebab kenaikan kes Covid-19 hari ini.

“Jangan lupa, pada awalnya sehingga hari ini golongan pekerja ini telah bersama sama membantu dalam situasi krisis Covid-19 dan ramai mereka hari ini telah hilang pekerjaan mereka atas sebab tidak ada bantuan disalurkan untuk membantu industri ini,” kata Setiausaha Agung NUFAM, Mohd Akram Osman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, apa yang ada hanya bajet RM50 juta untuk latihan semula tapi kebanyakan mereka ini sudah berusia dan juga dalam lingkungan umur 45 ke atas.

Menurut Mohd Akram, ramai antara pekerja yang terkesan dan dihenti kerja adalah golongan suami isteri dan juga ibu tunggal yang mempunyai tanggungan besar.

Disebabkan ini, katanya, sewajarnya kerajaan harus memberi kelonggaran dalam pengeluaran KWSP atau one off bagi golongan yang kesempitan dengan wang kerana ini adalah masa yang luar biasa.

”Seperti pekerja dari Malindo Air yang telah dihentikan baru-baru ini telah mengadu kepada NUFAM menyatakan gaji tunggakan dan pampasan pemberhentian kerja mereka hanya akan dibayar oleh syarikat dalam tempoh tiga bulan yang akan datang.

”Jadi, mengapa tiada bantuan untuk mereka? Bagaimanakah golongan hendak menyara hidup dalam minggu yang akan datang tanpa sebarang pendapatan?

”Sudahlah diberhentikan pekerjaan, pampasan pula tak dibayar. Ramai pekerja ini mengharapkan bantuan segera atau terus kepada mereka melalui bajet yang diumumkan tapi ramai pekerja ini merasa sungguh hampa dengan pengumuman bajet semalam.

“Apatah lagi, bajet baru ini pula akan disalurkan kepada pihak ketiga untuk latihan semula dan sebagainya.

”Jika benar kerajaan mahu membantu mereka yang terkesan, beri kepada mereka terus. ‘Mereka tidak mampu menunggu bulan depan atau tahun depan, mereka perlukan bantuan ini secara segera,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan harus memperhalusi semula polisi pampasan pekerja yang telah dihentikan kerana ramai masih mengadu kepada NUFAM bahawa mereka tidak mendapat bayaran dari skim Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

”Adakah polisi atau skim ini benar benar menafaat dan membantu pekerja yang terkesan?” soal Mohd Akram.

Related Articles

Video
YouTube