25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Rakyat Disuruh Kerja Atas Talian, Kenapa Ahli Parlimen Tak Boleh? – Pejuang

Must read

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebulat suara membantah keputusan kerajaan mengehadkan hanya 80 orang Ahli Parlimen di dalam sidang Dewan Rakyat pada pembentangan Belanjawan 2021, esok.

Dalam satu kenyataan media bersama, Pejuang membangkitkan alasan membendung wabak Covid-19 adalah tidak berasas.

“Di waktu yang sama rakyat disuruh bekerja secara alternatif dan atas talian, namun kerajaan sendiri mengambil jalan mudah dan keterbelakang.

“Alasan yang diberi adalah untuk membendung wabak Covid-19 dilihat tidak berasas. Malahan, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat bersidang sewaktu tempoh pandemik,” katanya.

Pejuang menegaskan, terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilaksanakan di dalam dewan seperti pemasangan penghadang lut sinar dan aturan kerusi secara penjarakan sosial bagi sidang-sidang sebelum ini.

Selain itu, persidangan secara digital juga boleh menjadi alternatif yang sesuai bagi memastikan persidangan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa menghadkan keterlibatan Ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan.

Bahkan, keputusan mengehadkan kehadiran ahli-ahli dewan ini juga tidak dibincangkan bersama dengan wakil dari pihak bebas (Pejuang).

“Wakil dari pihak kami tidak pernah dijemput untuk membincangkan perkara ini.
“Ahli Parlimen adalah wakil sah dipilih oleh rakyat bagi menyuarakan dan memperjuangkan kepentingan rakyat dalam Parlimen,” tegasnya.

Pejuang berkata, keterlibatan penuh Ahli Parlimen dalam sesi Belanjawan 2021 adalah cukup penting bagi memastikan belanjawan negara dapat diperhalusi mengikut keperluan rakyat tanpa ruang salah guna dan penyelewengan.

“Parlimen adalah gedung perbahasan, maka wakil rakyat sepatutnya diberi cukup ruang untuk membawa suara rakyat yang diwakili mereka,” ujarnya.

Bantahan Pejuang itu mewakili,Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Related Articles

Video
YouTube