28.1 C
Gombak
Tuesday, May 11, 2021

Rakaman audio sahih! Saya bekas setiausaha sulit Anwar, kata Azmin

Must read

Kah kah kah.. Audio dia boleh sahih kan.. Video semburit tak boleh.

Kenapa PPBM yang kecoh pasal video tu?

Rakaman audio perbualan telefon dikatakan antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sahih, kata Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, sebagai bekas setiausaha sulit kepada Anwar, beliau yakin ia suara Ketua Pembangkang itu.

“Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau (Anwar) sekian lama dan merupakan setiausaha sulit beliau, saya yakin itu adalah rakaman yang sahih, yang akan dibuktikan melalui penyiasatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Semarak Malaysia Prihatin dan Penyampain Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Gombak.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), turut menyifatkan komplot Anwar-Zahid sebagai pengkhianatan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya kira ini merupakan pengkhianatan yang terbesar dilakukan Anwar Ibrahim bukan saja kepada partinya tapi juga kepada anggota komponen PH kerana secara sulit menjalankan rundingan dan perbincangan,” katanya.

Azmin turut menuntut pihak berkuasa melakukan siasatan segera bagi merungkai kesahihan rakaman audio itu.

“Saya kira ia (proses siasatan) memberikan ruang kepada mana-mana pihak untuk membela diri mereka, kita berharap kedua-dua individu ini jujur, sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing,” katanya.

Kontroversi terbaharu Anwar-Zahid muncul selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) akhir bulan lalu, yang memberi tanggapan mereka sedang bekerjasama.

Dalam ucapan dasarnya pada PAU2020 bulan lalu, Zahid mengumumkan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.

Related Articles

Video
YouTube