25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

PSM dibuang ASTAF, ada tempoh 14 hari buat rayuan

Must read

SERTA merta! Itu keputusan Persekutan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini yang memutuskan untuk membuang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) daripada pertubuhan itu.

Pengerusi Panel Disiplin ASTAF, Yogender Singh Dahiya dalam satu kenyataannya memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mendengar pertuduhan yang dibuat oleh pendakwa yang dilantik ASTAF yang diketuai John Vasavan.

“ASTAF terpaksa membuat keputusan yang sukar ini tetapi ia terpaksa dilakukan demi kepentingan keseluruhan sukan sepak takraw.

“Keputusan ini juga adalah bagi menghantar satu peringatan kepada keluarga sukan lain bahawa kelakuan tidak bertanggungjawab tidak seharuskan dibiarkan berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, PSM diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan terhadap pertuduhan dan hukuman yang dikenakan ke atas persatuan itu.

Kegagalan berbuat demikian, katanya, akan menyebabkan PSM dijatuhkan hukuman sebagai bersalah dan dibuang serta merta.

Jika PSM memutuskan untuk merayu maka badan kebangsaan sepak takraw itu perlu menyediakan RM8,290 sebagai yuran rayuan, ujarnya.

Untuk rekod, PSM didakwa atas surat yang dikeluarkan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail, bertarikh 24 Fwebruari lalu yang dihantar dalam kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF dan atas kedudukan ASTAF kepada Lembaga Olimpik Asia (OCA).

Salinannya dihantar kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Yogender Singh berkata, PSM bersalah kerana melanggar perjanjian bertulis yang diberikan kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF pada 14 Mac 2008 iaitu untuk menyokong ISTAF dan ASTAF dalam mewujudkan dan mengekalkan pentadbiran persekutuan itu yang cekap.

Pada 5 Mei lalu, Ismail yang dikenali sebagai Tok Mat telah digantung 15 tahun dalam semua peringkat aktiviti sepak takraw, bermula 6 Mei lalu oleh Panel Disiplin ASTAF. – BERNAMA

 

Related Articles

Video
YouTube