32.7 C
Gombak
Sunday, February 28, 2021

PPBM tak minat bahas Belanjawan 2021, lebih penting kukuhkan PN

Must read

Ketua Umno Johor Bahru Shahrir Abd Samad mendakwa PPBM seperti tidak berminat dengan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Belaiu berkata, sebaliknya parti itu dilihat lebih tertumpu kepada politik.

“Belanjawan dan perbahasan di Dewan Rakyat macam dijadikan suatu untuk mengalih perhatian mereka yang serius membicarakan soal kelangsungan rakyat dan negara yang terancam oleh wabak Covid-19.

“Sambil PPBM dan PAS merancang mengukuhkan PN,” katanya mempersoalkan tindakan parti itu di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Shahrir berkata Belanjawan 2021 dan Dewan Rakyat tidak akan menjamin kelangsungan PPBM.

“Tapi bersama PAS dalam PN, PPBM difikirkan lebih mampu ‘survive another day’ dari mengharapkan kepada Belanjawan 2021 mendapat sokongan Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata, parti itu lebih mengutamakan kuasa daripada rakyat.

“Tambah lagi (Mohamed) Azmin Ali diterima juga oleh PAS untuk mengatur strategi politik pada PRU15.

“Kan PAS pun hebat, mengakui akan ketokohan Azmin dan Hamzah (Hamzah Zainudin),” katanya.

Facebook Shahrir Samad

PPBM macam tidak berminat dengan perbahasan Bajet 2021. Lebih tumpu kepada politik.

Bajet dan perbahasan di Dewan…

Posted by Shahrir Samad – Tok Uban on Tuesday, 10 November 2020

Related Articles

Video
YouTube