25.2 C
Gombak
Saturday, February 27, 2021

PPBM sasar 8,000 cawangan dalam tempoh 3 bulan lagi – Hamzah

Must read

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyasarkan untuk mempunyai 8,000 cawangan di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan ketika ini, parti ada kira-kira 600,000 ahli dan terus menerima permohonan untuk menubuhkan cawangan baharu.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM.

“Perdana Menteri mengambil pendekatan berhemah untuk memastikan semua rakyat diberikan keadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penubuhan dan Penyerahan Borang Keahlian 20 Cawangan Baharu PPBM Bahagian Larut, di Kampung Sungai Akar, Batu Kurau, di sini, semalam.

Sementara itu, Hamzah berkata, PPBM tiada memujuk ahli UMNO untuk menyertai parti berkenaan, sebaliknya kemasukan adalah terbuka kepada sesiapa saja.

“Terpulang kepada masing-masing. Kita masih bawah satu bumbung dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Related Articles

Video
YouTube