29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Sumbang mahram : Juruteknik direman 7 hari

Must read

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan juruteknik kilang yang didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandungnya di kawasan Bukit Tengah, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada jam 4.45 petang tadi selepas usaha memburunya dilakukan.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam pagi esok bagi mendapatkan perintah reman seterusnya membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis memburu suspek selepas menerima laporan yang dibuat anak perempuannya berusia 18 tahun pada Selasa lalu mendakwa sudah tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandungnya.

Mangsa memaklumkan dia menjadi mangsa perbuatan terkutuk bapanya sejak dia berusia enam tahun dan kejadian terbaru adalah pada Selasa lalu selepas bapanya itu mencabulnya di ruang tamu rumah di sebuah taman perumahan, di sini.

Sebelum itu, mangsa memberitahu bahawa dia selalu dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks selain pernah diliwat.

Mangsa tidak melaporkan perkara berkenaan kerana trauma dan takut dengan bapanya, selain tidak mahu menjejaskan hubungan antara kedua ibu bapanya.

Related Articles

Video
YouTube