27.3 C
Gombak
Thursday, July 29, 2021

Polis keluar kompaun kepada 16 remaja kerana sertai parti liar

Must read

Polis mengeluarkan kompaun terhadap 31 individu, termasuk 16 remaja bawah umur kerana menyertai parti liar di kondominium Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata serbuan pada jam 10.15 pagi tadi, 18 lelaki dan 13 perempuan membabitkan lapan pelajar sekolah serta dua pelajar kolej, berusia antara 14 hingga 20 tahun, ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pemeriksaan di unit kondominium itu mendapati sekumpulan lelaki dan perempuan sedang berehat, disyaki menjadikan tempat itu sebagai parti persendirian untuk majlis sambutan hari jadi.

“Mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi SOP mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati 15 individu, termasuk enam wanita positif dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, individu disahkan positif dadah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Video
YouTube